Amanah Anugerah Merdeka bertujuan untuk mempromosikan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memperkasakan budaya kecemerlangan, serta menggalakkan sudut pandang berperingkat dunia di dalam semua sektor utama daripada sains dan teknologi hingga seni.
Amanah Anugerah Merdeka meraikan pencapaian dan sumbangan bermakna individu dan organisasi kepada Malaysia dan rakyatnya merentasi dalam pelbagai bidang masing-masing.
Ia meneroka pembebasan minda, kekuatan watak, dan integriti untuk menunjangi pencapaian cemerlang serta kreativiti dan visi dalam menerajui arus pembaharuan untuk mencipta kecermelangan.
Dalam memperkasakan budaya kecemerlangan, Amanah Anugerah Merdeka mempunyai dua program utama, iaitu Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa.
Dua program utama ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah memberi impak positif kepada negara, sekaligus menyediakan platform untuk memupuk bakat, menggalakkan inovasi dan jalinan kerjasama antarabangsa.
Meraikan wira dalam kalangan kita sejak tahun 2007
Buku Peringatan Anugerah Merdeka ini diterbitkan untuk mempamerkan hasil kerja dan pencapaian setiap penerima Anugerah Merdeka.
Buku-buku ini merekodkan cara penerima terpilih ini menunjukkan semangat memperkasakan budaya kecemerlangan, dan menerusi usaha mereka, telah membawa manfaat yang besar dan berterusan kepada rakyat Malaysia.