Anugerah Merdeka menerbitkan Buku Peringatan Anugerah Merdeka untuk mempamerkan karya dan pencapaian setiap penerima Anugerah Merdeka. Buku ini merakamkan semangat pemupukan budaya kecemerlangan dan usaha setiap penerima terpilih yang telah membawa manfaat besar dan berpanjangan untuk rakyat Malaysia.