Soalan Lazim

    • Apakah matlamat Anugerah Merdeka?

      Matlamat Anugerah Merdeka adalah untuk menggalakkan kepimpinan berwibawa dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan, mendorong pandangan global, yang meletakkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global abad ke-21 yang dinamik lagi kompetitif, cemerlang dalam semua sektor utama yang merangkumi sains, teknologi dan juga seni.

      Dilancarkan oleh PETRONAS, ExxonMobil dan Shell pada tahun 2007, Anugerah Merdeka ini mencerminkan sumbangan berterusan kepada rakyat Malaysia, membuktikan dan membaharui komitmen industri tenaga terhadap pertumbuhan dan pembangunan negara.

      Sejak tahun 2019, Anugerah Merdeka dianjurkan setiap dua tahun sekali agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat diiktiraf dalam usaha kami untuk menginspirasi kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang.

      Sehingga kini, dua buah syarikat pengasas, PETRONAS dan Shell meneruskan sokongan mereka dengan MAT selepas ExxonMobil menarik diri daripada Badan Amanah pada tahun 2021.

    • Apakah program-program utama Anugerah Merdeka?
      Beberapa inisiatif utama Amanah Anugerah Merdeka termasuk:


      Anugerah Merdeka

      Anugerah Merdeka ditubuhkan pada 27 Ogos 2007 untuk mengiktiraf dan mengganjari individu dan organisasi cemerlang yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan negara menerusi karya dan pencapaian mereka malah turut menginspirasi semangat kecemerlangan dalam jiwa rakyat Malaysia. Anugerah yang berprestij ini meraikan usaha dan peranan luar biasa mereka yang memberikan kesan positif kepada negara dan terbahagi kepada 7 kategori anugerah:

      • Sumbangan Luar Biasa kepada Pendidikan dan Komuniti
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Alam Sekitar dan Kesihatan Planet
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Pencapaian Ilmiah dan Akademik
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Kemanusiaan, Seni dan Sukan
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Sains, Teknologi & Inovasi
      • Anugerah Khas Merdeka
      • Anugerah Harapan Merdeka

      Matlamat Anugerah adalah untuk menggalakkan kepimpinan berwibawa dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan, mendorong pandangan global, justeru meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri global yang dinamik lagi kompetitif dalam semua sektor utama yang merangkumi sains, teknologi dan juga seni.


      Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa

      Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa direka untuk membolehkan rakyat Malaysia yang layak, berumur antara 22 - 35 tahun untuk menyertai projek/program usaha sama jangka pendek di institusi penganjur luar negara yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Program ini direka bertujuan membantu penerima geran membangunkan kepakaran masing-masing dengan menjalani pengalaman pembelajaran di institusi atau organisasi bertaraf antarabangsa, dan menambah baik portfolio dan pencapaiannya.


    • Apakah kriteria utama yang dipertimbangkan semasa memilih penerima Anugerah Merdeka?

      Anugerah Merdeka mengiktiraf individu dan organisasi yang menjadi contoh menerusi semangat perintis, menyalurkan sumbangan yang besar dan berterusan yang memberikan kesan positif kepada negara. Ciri-ciri harapan penerima ialah mereka mampu menunjukkan kepimpinan dan kewibawaan dalam bidang masing-masing, selain mempamerkan pencapaian penting yang mencerminkan kepakaran mereka.

    • Siapakah yang layak untuk menerima Anugerah Merdeka?

      Anugerah Merdeka dianugerahkan kepada individu dan/atau organisasi – warga Malaysia dan juga orang luar – yang telah menghasilkan karya dalam bidang masing-masing yang memberikan sumbangan luar biasa dan berpanjangan kepada negara dan rakyat Malaysia. Fokusnya terhadap pencapaian dan bukan personaliti, berdasarkan sumbangan yang asli, signifikan dan berterusan kepada negara.

      Anugerah terdiri daripada tujuh (7) kategori yang berikut:

      • Sumbangan Luar Biasa kepada Pendidikan dan Komuniti
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Alam Sekitar dan Kesihatan Planet
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Pencapaian Ilmiah dan Akademik
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Kemanusiaan, Seni dan Sukan
      • Sumbangan Luar Biasa kepada Sains, Teknologi & Inovasi
      • Anugerah Khas Merdeka
      • Anugerah Harapan Merdeka

      Setiap kategori anugerah menyediakan hadiah wang tunai, sebuah trofi dan sijil kecuali Anugerah Harapan Merdeka yang menerima hadiah wang tunai dan sijil. Penerima dipilih daripada senarai calon setiap dua tahun.

    • Bilakah pemilihan penerima Anugerah Merdeka diumumkan?

      Penerima anugerah diumumkan pada selang setahun, seiring sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, dan Penaung Diraja dan Pengerusi Amanah Anugerah Merdeka yang akan menyampaikan anugerah.

    • Bagaimanakah pemilihan penerima Anugerah Merdeka dilaksanakan?

      Pencalonan Anugerah Merdeka dan proses pemilihannya dilakukan secara bebas, bermatlamat dan adil serta ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah, Jawatankuasa Pemilihan dan Jawatankuasa Pencalonan. Keahlian Jawatankuasa Pemilihan dan Pencalonan ini berkuat kuasa selama tiga tahun.

      Tugas Jawatankuasa Pencalonan adalah untuk mengenal pasti, menilai, menapis dan mengesyorkan calon kepada Jawatankuasa Pemilihan. Setiap kategori diwakili oleh seorang ahli jawatankuasa, dengan tiga ahli dalam setiap jawatankuasa kecuali Jawatankuasa Pendidikan & Komuniti yang mempunyai lima ahli. Untuk Anugerah Harapan Merdeka, calon dikenal pasti, dinilai dan disenarai pendek oleh ahli jawatankuasa Sumbangan Luar Biasa kepada Pendidikan dan Komuniti, Sumbangan Luar Biasa kepada Kesihatan Planet dan Alam Sekitar, Sumbangan Luar Biasa kepada Sains, Teknologi & Inovasi dan Sumbangan Luar Biasa kepada Kemanusiaan, Seni dan Sukan.

      Jawatankuasa Pemilihan bertanggungjawab untuk menilai merit calon-calon yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan mengesyorkan satu senarai pendek kepada Lembaga Pemegang Amanah.

      Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada wakil Ahli Pengasas selain dua Ahli Bebas, menentukan pemilihan akhir penerima. Tidak semestinya ada penerima bagi setiap kategori pada setiap tahun. Keputusannya mestilah sebulat suara dan hanya satu anugerah bagi setiap kategori. Anugerah hanya boleh dikongsi dengan maksimum dua penerima.

    • Apakah proses pencalonan Anugerah Merdeka?

      Semua pencalonan hendaklah diserahkan menerusi laman web Anugerah Merdeka. Walau bagaimanapun, pencalonan diri sendiri tidak akan diterima atau dipertimbangkan. Hanya calon yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pencalonan, penerima lalu Anugerah Merdeka dan pencalon bebas (orang awam yang merupakan pakar bidang) dibenarkan untuk mencalonkan penerima anugerah. Semua pencalonan mesti disertakan dengan dokumentasi sokongan yang mencukupi atau cadangan untuk membolehkan penilaian yang wajar dibuat.

    • Apakah matlamat Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa?
      Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa bertujuan untuk menggalakkan kepimpinan berwibawa, memacu inovasi dan memupuk perspektif global dalam kalangan belia Malaysia. Inisiatif ini membolehkan Geran menawarkan peluang kepada penerima untuk berkolaborasi dengan institusi antarabangsa yang berprestij.
       
      Geran membiayai semua kos yang berkaitan, termasuk logistik dan yuran institusi berkaitan, bagi memastikan para penerima dapat memberikan fokus yang sepenuhnya pada karya mereka. Secara asasnya, Badan Amanah bermatlamat untuk memupuk budaya kecemerlangan yang menggalakkan keupayaan dan pencapaian belia Malaysia, mencipta nilai lebih hebat untuk negara di pentas dunia.
    • Apakah proses pemilihan Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa?

      Penerima akan dipilih selepas melalui proses 3 langkah yang ketat.

      Pertama, Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka bersama para pengasasnya (PETRONAS & Shell) akan menilai semua permohonan dan menyediakan satu senarai panjang calon berpotensi dalam setiap kategori. Kemudian, Urus Setia akan mengkaji setiap calon dalam senarai itu untuk memastikan mereka memenuhi keperluan Geran.

      Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga dengan Jawatankuasa Pemilihan. Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada wakil pengasas dan jawatankuasa luaran.

      Selepas temu duga, Jawatankuasa Pemilihan akan mencadangkannya kepada Lembaga Pemegang Amanah, yang akan membuat pemilihan akhir.

    • Apakah beberapa keperluan utama dan Syarat Penganugerahan untuk Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa?

      Di bawah Syarat Penganugerahan, penerima Geran Anugerah Merdeka dikehendaki melaksanakan perkara yang berikut, di bawah penyeliaan Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka:

      • Menyiarkan minimum 3x hantaran seminggu tentang pengalaman mereka pada akaun media sosial Anugerah Merdeka sepanjang persediaan untuk penempatan, penempatan itu sendiri dan selama 3 bulan selepas kembalinya mereka ke Malaysia.
      • Berhubung dan berinteraksi dengan pelajar Malaysia dan luar negara dalam bidang kajian yang sama atau berkaitan, untuk membina rangkaian kenalan dan rakan sekerja penerima di seluruh dunia.
      • Menjalankan seminimum 6x pengucapan awam selepas pulang ke Malaysia, selama setahun.
      • Bersedia untuk menghadiri temu duga yang dikendalikan oleh Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka dan inisiatif lain selama setahun selepas penerima kembali ke tanah air.

    • Mengapakah permohonan dihadkan kepada mereka yang berumur 22 - 35 tahun?

      Penempatan ini bertujuan membantu penerima geran membangunkan kepakaran masing-masing dengan menjalani pengalaman pembelajaran di institusi atau organisasi bertaraf antarabangsa, dan menambah baik portfolio dan pencapaian Penerima Geran. Kami percaya bahawa untuk mencapai matlamat ini, penerima mesti terlebih dahulu mempunyai asas yang kukuh dalam bidang pengajian mereka dan mempunyai rancangan untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini dalam jangka panjang. Oleh yang demikian, Geran itu lebih berkemungkinan akan memanfaatkan kumpulan umur ini.

    • Berapakah nilai Geran?

      Nilai Geran terdiri daripada beberapa jumlah tertentu, bergantung pada institusi kajian yang dicadangkan dan kos yang berkaitan dengannya. Tiada amaun yang tetap. Walau bagaimanapun, Anugerah Merdeka beroperasi sebagai badan amanah dan dananya perlu dibelanjakan secara bertanggungjawab untuk manfaat negara dan rakyatnya. Nilai Geran mestilah dalam had yang wajar seperti yang ditetapkan oleh Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka.

    • Apakah yang akan berlaku sekiranya jumlah Geran tidak dapat menanggung perbelanjaan penerima semasa dalam tempoh penempatan?

      Proses permohonan Geran memerlukan bakal penerima untuk menghantar belanjawan cadangan untuk penempatan mereka, yang akan dinilai oleh Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka. Belanjawan yang meliputi semua kos yang sewajarnya untuk penempatan, termasuk logistik seperti penginapan, penerbangan dan yuran institusi gabungan yang lain akan diperuntukkan mengikut keperluan. Apabila belanjawan diluluskan, penerima bertanggungjawab untuk mengurus pembiayaan mereka sepanjang penempatan. Sebarang kekurangan perlu ditanggung oleh penerima sendiri.

    • Bagaimanakah institusi penganjur dikenal pasti?

      Pemohon akan mencadangkan institusi yang sesuai dalam bidang kepakaran mereka. Walau bagaimanapun, penempatan akhir tertakluk pada ketersediaan dan penerimaan penerima oleh institusi penganjur. Institusi penganjur mestilah institusi yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang dapat memberikan nilai yang besar kepada projek penyelidikan semasa pemohon.

    • Bolehkah penerima Geran berkolaborasi dengan beberapa institusi semasa penempatan?

      Ya, penerima Geran boleh berkolaborasi dengan beberapa institusi sepanjang penempatan mereka, tertakluk pada kelulusan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tempoh penempatan terhad kepada 3 bulan. Oleh yang demikian, cadangan mestilah boleh dilaksanakan dan praktis. Pemberi geran dialu-alukan untuk mencadangkan beberapa institusi dan setiap cadangan akan dinilai dengan teliti oleh Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka.

    • Bolehkah penerima memilih untuk melanjutkan tempoh penempatan melangkaui tarikh yang telah diatur oleh Amanah Anugerah Merdeka?
      Penerima mesti mematuhi tarikh mula dan tamatnya penempatan seperti yang diaturkan oleh Amanah Anugerah Merdeka dan institusi penganjur, kemudian mengaturkan kepulangan ke Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan (tiga bulan) selepas tamatnya penempatan. Selain itu, institusi penganjur mestilah institusi terkemuka, seperti yang tercatat dalam Syarat Penganugerahan.
    • Adakah penerima Geran perlu terikat dengan Amanah Anugerah Merdeka untuk suatu jangka masa selepas penempatan?

      Tiada sebarang ikatan pekerjaan dengan Amanah Anugerah Merdeka dikaitkan dengan Geran, kerana program penempatan bertujuan khusus untuk menyediakan pengalaman pembelajaran dengan institusi pilihan penerima. Namun demikian, penerima mesti menghadiri beberapa sesi ucapan dan publisiti yang diatur untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran penerima Geran dengan belia Malaysia lain. Syarat pengaturan ini digariskan dalam perjanjian Syarat Penganugerahan yang perlu ditandatangani oleh penerima dengan Urus Setia Amanah Anugerah Merdeka.

Latest from The Merdeka Award
The 2023 Merdeka Award Grant for International Attachment has been awarded.
We can now study sound in living organisms, from the molecular to the ecological.
If you missed the session, stay tuned for the full video coming up soon! Lots of hot stuff in store!
Malaysians Under 35 Invited to Secure 3-Month Attachment Experience Abroad
Ooops!
Generic Popup2