Siri Bicara Anugerah Merdeka 2024 #1, “Reformasi, Penetapan Semula, Bina Tujuan Baharu: Pendidikan untuk Semua” menghimpunkan tokoh penceramah, Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Penerima Anugerah Merdeka Tahun 2022 dan Samuel Isaiah, Penerima Anugerah Harapan Merdeka Tahun 2022 membincangkan topik menarik tentang pendidikan yang bertujuan untuk menggalakkan wacanamaya cendekiawan dan perkongsian pengetahuan dalam usaha memupuk budaya kecemerlangan.