Tajuk: Kepimpinan: Bukan Sekadar Gelaran, Tetapi Ia Adalah Sebuah Gaya Hidup
Apa yang diperlukan untuk menginspirasi kepimpinan yang mendorong ke arah kemajuan dan kelestarian Malaysia?
Menampilkan penceramah jemputan ternama, Tan Sri Nazir Razak, CEO ZAK Investment, dan Dr. Firdausi Suffian, CEO Invest Sabah, 2024 Merdeka Award Talk Series #3 menumpukan usaha untuk memperkasakan belia Malaysia agar menjadi pemimpin yang mampu memberi impak yang positif kepada negara.
Perbincangan ini menekankan nilai-nilai seperti disiplin, ketabahan, dan keazaman yang merupakan antara sifat-sifat penting untuk mencapai kejayaan, dan juga membincangkan tentang bagaimana pemimpin boleh menghadapi cabaran dalam budaya, generasi, dan landskap global yang pelbagai. Dimoderasikan oleh Daphne Iking, sesi ini bertujuan untuk mencetuskan perbualan bermakna tentang pembinaan negara, pertumbuhan ekonomi, dan perlindungan planet untuk generasi masa depan.