News

A Samad Said, Faridah Merican antara 7 penerima Anugerah Merdeka 2024

29 AUGUST 2024

The-Edge-1-1.jpgSasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Muhammad Said atau A Samad Said (tengah) dan tokoh teater terkenal Datuk Dr Faridah Merican (empat kiri) antara tujuh individu cemerlang dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2024. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Muhammad Said atau A Samad Said dan tokoh teater terkenal Datuk Dr Faridah Merican antara tujuh individu cemerlang dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2024.

Kedua-dua mereka merupakan penerima bersama bagi kategori Pendidikan dan Komuniti atas sumbangan luar biasa dalam bidang masing-masing.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Penaung Diraja dan Pengerusi Merdeka Award Trust (MAT) berkenan menyampaikan anugerah berprestij itu pada Majlis Pengumuman dan Penyampaian Anugerah Merdeka 2024 di sini malam ini.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Menzahirkan ucapan terima kasih kepada MAT, A Samad Said berkata anugerah itu diharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menyumbang kepada negara berdasarkan kebolehan dan potensi mereka.

"Saya fikir kejayaan saya adalah menulis novel yang saya tidak sangka sebenarnya menjadi. Tetapi selepas saya dapat pujian, selepas saya dapat hadiah, saya rasa ini seakan satu anugerah yang tak disangka dan saya amat besar hati dan berterima kasih.

"Setiap kali saya menulis dan menjadi, dan mendapat sambutan yang baik, saya merasa itu bukan saja keuntungan bagi saya, keuntungan bagi masyarakat dan saya fikir ia menjadi khazanah untuk negara," kata penulis novel dan puisi terkemuka itu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tersebut.

A Samad Said, 89, dipilih menerima anugerah itu kerana sumbangan besarnya dalam dunia kesusasteraan Melayu merangkumi novel, puisi, esei, drama, dan seni persembahan.

Sementara itu, Faridah, 84, yang juga dikenali sebagai 'Wanita Pertama' bagi Teater Malaysia, dipilih kerana komitmen tidak berbelah bagi beliau dalam mencorakkan landskap seni persembahan negara dan memberi rakyat Malaysia akses serta pendedahan berharga kepada seni.

Pengasas bersama Actors Studio, Kuala Lumpur Performing Arts Centre, dan Performing Arts Centre of Penang itu berharap industri seni persembahan tempatan menjadi pusat yang dinamik dan inklusif bagi menyuburkan kreativiti dengan bimbingan kepada artis baharu, merayakan karya inovatif dan masyarakat bersatu melalui perkongsian pengalaman serta pengayaan budaya.

"Selagi saya hidup ini, saya ingin melihat lebih banyak persembahan teater diadakan. Walaupun kini banyak aktiviti teater muncul tetapi lebih tertumpu di Kuala Lumpur dan agak malang ia tidak berlaku di seluruh negara. Jadi, menjadi harapan saya agar aktiviti teater ini diadakan di seluruh negara," katanya.

Terlibat dalam dunia teater sejak 1960, beliau berkongsi minat tersebut bersama suaminya, Joe Hasham dengan membangunkan seni persembahan dan pendidikan dalam bidang tersebut.

Penerima lain bagi Anugerah Merdeka tahun ini termasuk Prof Dr Joy Jacqueline Pereira untuk kategori Alam Sekitar, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman (Kesihatan, Sains dan Teknologi), Profesor Emiratus Dr Jomo Kwame Sundaram (Pencapaian Akademik Cemerlang) dan Dr Kathryn Anne Rivai (Sumbangan Luar Biasa kepada Rakyat Malaysia) .

Sementara itu, pemberita Ian Yee Ngan Fui yang menang pelbagai anugerah dan pengasas bersama The Fourth serta Pengarang Penyiasat Tetap bagi Asia Investigative Reporting Network menerima Anugerah Harapan Merdeka.

Beliau dipilih kerana usahanya menerajui bidang kewartawanan penyiasatan di Malaysia dalam kalangan belia, menghasilkan dokumentari multimedia yang berkesan serta kempen tindakan awam yang inovatif menentang ketidakadilan sosial. – BERNAMA

ARCHIVES
 
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.