News

Anugerah Merdeka galak rakyat berbakti pada negara

21 SEPTEMBER 2018, BY Berita Harian
Khoo_Kay_Kimasddsfdf_1535982258.jpg

KUALA LUMPUR: Anugerah Merdeka adalah inisiatif yang baik kerana mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Sejarawan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang menerima anugerah itu bagi kategori pencapaian akademik luar biasa, berkata ia juga menggalakkan rakyat menyumbang bakti kepada negara bangsa.

Bagaimanapun, beliau yang juga antara individu bertanggungjawab merangka Rukun Negara, bimbang dengan golongan muda yang hanya menumpukan pada diri sendiri berbanding memahami perjuangan negara bangsa, selain tidak memahami Rukun Negara.

“Mereka diajar Rukun Negara untuk dihafal. Contohnya keluhuran Perlembagaan, bila saya tanya apa makna Perlembagaan, mereka tak tahu. Tak boleh begitu.

“Semua kena dijelaskan kepada golongan muda. Mereka tak tahu betapa hebatnya negara ini suatu ketika dulu.

“Sebab itu sekarang saya sedang mengumpul semua tulisan oleh warga asing yang memuji Malaysia, supaya mereka boleh membacanya dan memiliki pandangan berbeza terhadap negara ini,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Merdeka 2018 di sini, semalam.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berkenan menyampaikan anugerah itu kepada semua pemenang.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Presiden Penerokaan dan Pengeluaran ExxonMobil Malaysia Inc, Edward E Graham dan Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo.

Sementara itu, ‘Bapa’ animasi negara, Hassan Abdul Muthalib, berkata beliau tidak menyangka sumbangannya dalam bidang itu membolehkannya menerima anugerah berkenaan bagi kategori pendidikan dan komuniti.

“Dalam bidang filem, multimedia atau animasi, perkara paling penting adalah jalan cerita, dan memerlukan pengarah yang bijak menggunakan teknik secara naratif.

“Teknik boleh dipelajari, tetapi keupayaan menghasilkan naratif yang menarik hanya dapat diperoleh menerusi pengalaman, pemerhatian, mengembara dan selalu bercampur dengan orang yang lebih pandai daripada kita.

“Sebab itu, Allahyarham Tan Sri P Ramlee gagal menghasilkan filem yang baik ketika datang ke Kuala Lumpur kerana orang di sekelilingnya berada pada taraf lebih rendah daripada dirinya, berbanding ketika di Singapura yang ada ramai sasterawan seperti Keris Mas dan Usman Awang,” katanya.

Pakar speleologi British, Andrew James Eavis yang menerima anugerah bagi kategori sumbangan luar biasa kepada rakyat Malaysia, tidak menyangka minatnya meneroka gua di Sarawak, telah membantu kehidupan penduduk di negeri itu.

Katanya, beberapa penemuan menarik menerusi Projek Gua Mulu, khususnya lohong gua terbesar dunia, Sarawak Chamber, menarik ribuan pelancong ke kawasan itu dan secara tidak langsung membantu ekonomi penduduk setempat.

“Kali pertama saya mengkaji gua di Taman Negara Mulu adalah pada 1978, dan sejak itu saya meluangkan banyak masa di Sarawak, untuk mengkaji, dan meneroka gua.

“Kawasan itu kini dibangunkan lapangan terbang antarabangsa, hotel lima bintang, serta puluhan ribu individu mengunjungi gua berkenaan dan secara kebetulan, saya juga bertanggungjawab membantu banyak keluarga di Sarawak.

“Hingga kini, mungkin sudah 50 kali saya ke sana dan akan terbabit satu lagi ekspedisi di Sarawak tahun depan, mungkin kita akan temui gua lebih besar atau lebih panjang,” katanya yang berhasrat menemui laluan yang menghubungkan beberapa rangkaian gua di kawasan itu.


ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.