News

Geran Anugerah Merdeka terbuka untuk semua

18 MAY 2012, BY Utusan

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pemberian Geran Anugerah Merdeka 2012 yang pertama kali diperkenalkan tahun ini bermatlamat memberi pengiktirafan kepada golongan muda yang berbakat.

Penganugerahan itu diharap dapat menjadi perangsang kepada generasi muda untuk menghayati semangat kemerdekaan serta meneruskan usaha memajukan negara tanpa mengira disiplin yang diceburi.

Penerima geran tersebut akan ditempatkan di institusi antarabangsa yang berprestij selama tiga bulan bagi menimba pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang dikhususkan.

Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, geran tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 22 hingga 35 tahun.

"Kami mencari seorang anak muda yang berbakat dan mampu mengangkat nama negara tanpa mengira bidang pengkhususan. Justeru, permohonan ini agak kompetitif kerana hanya satu geran ditawarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, mereka yang berminat mendapatkan borang permohonan boleh melayari laman web www.merdekaaward.my/News/Merdeka-Award-Grant-for-International-Attachment.aspx dan tarikh tutupnya ialah 30 Jun ini.

"Kami tidak mengehadkan bidang pengkhususan, sesiapa yang terlibat dalam lapangan pendidikan, kesenian, sukan, kemasyarakatan, kesihatan, alam sekitar, sains dan teknologi boleh memohon," katanya.

Menurutnya, penganugerahan geran tersebut adalah selaras dengan semangat Anugerah Merdeka yang memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh yang telah banyak memberi sumbangan sejak negara merdeka pada tahun 1957 lalu.

Menurut Mohammad Medan, penerima geran tersebut akan diumumkan semasa Majlis Penganugerahan Penerima Anugerah Merdeka 2012 pada bulan Oktober ini.

"Selain inisiatif memperkenalkan geran, kami juga mengadakan program rundingan meja bulat bagi menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka negara dalam topik perbincangan yang dapat membantu pembangunan negara," jelasnya.

ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.