Golongan Muda Kini Boleh Memohon Geran Anugerah Merdeka
24 APRIL 2012, BY BERNAMA
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Golongan muda yang berpendapat mereka memiliki kaliber luar biasa dipelawa memohon 'Geran Anugerah Merdeka', yang diwujudkan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf anak muda Malaysia yang menghayati semangat Merdeka dan mereka yang mempamerkan komitmen cemerlang serta memberi sumbangan penting kepada masyarakat.
Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, geran itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 22 dan 35 tahun yang terlibat dalam disiplin pendidikan dan kemasyarakatan terpilih, alam sekitar serta kesihatan, sains dan teknologi.
Katanya maklumat terperinci tentang anugerah itu dan borang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui www.merdekaaward.my. Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun.
Mohammad Medan berkata proses pemilihan bagi penerima geran itu adalah ketat dan pemohon perlu melalui tiga proses pemilihan.
"Pertama, mereka perlu bersemuka dengan Sekretariat Anugerah Merdeka dan kemudian ditemuduga oleh tiga pengasasnya iaitu Petronas, Shell dan ExxonMobil sebelum membentangkan cadangan mereka di hadapan Pemegang Amanah Lembaga Anugerah Merdeka.