News

Jangan berpuas hati dengan kejayaan masa lalu: Sultan Nazrin

16 AUGUST 2019, BY Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa Malaysia mesti berkembang dalam memacu usaha dalam fasa seterusnya ke arah kelestarian masa depan.

Titah baginda, ini yang sepatutnya berlaku ketika dunia sedang mengalami transformasi dan negara tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaan masa lalu.

"Beta percaya, golongan muda Malaysia boleh memberi impak yang besar. Sebahagian daripada ciri-ciri belia adalah keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif baharu.

{C}
 

Dengan itu, kami juga berpeluang untuk membuat perubahan, sama ada dalam bidang penyelidikan dan pembangunan saintifik, pemuliharaan alam sekitar dan kemapanan, atau pembangunan sosial dan modal insan.

"Semua ini dapat memberikan dorongan untuk pertumbuhan yang mampan," titah Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka bertitah demikian ketika berkenan menyampaikan Geran Anugerah Merdeka 2019 untuk pengumuman Pencapaian Antarabangsa dan majlis penyampaian di sini hari ini.

"Kepada penerima Geran, saya harap anda akan memanfaatkan peluang terbaik untuk melibatkan diri dengan pakar-pakar terbaik dunia, mengumpulkan pandangan yang berharga untuk bidang penyelidikan anda, dan membangunkan penyelesaian untuk rakyat dan pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan peribadi anda," titah Sultan Nazrin.

Penerima geran ialah Chrishen Robert Gomez a/l Roy Antony Gomez, 25, Feng Ying Xing, 29, Juliana Ooi Sue May, 34, Mohd Azri Ab Rani, 35, dan Yanny Marliana Baba Ismail, 33.

Chrishen Robert Gomez kini ialah pengurus penyelidikan projek di Program Karnivor Borneo. Kerja-kerja beliau tertumpu kepada pemuliharaan haiwan terancam melalui penyelidikan genetik mengebnai Harimau Dahan Sunda.

Ying Xing sedang menjalankan kerja-kerja pasca kedoktoran di Centre for Intelligent SDignal and Imaging Research di Universiti Teknologi Petronas.

Beliau merancang untuk membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meningkatkan prestasi kognitif.

Juliana, yang berkhidmat sebagai pengurus projek di Red Brick Global Education, berhasrat untuk menumpukan penyelidikannya bagi memperkasa golongan ibu bapa muda Malaysia dalam pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

Dalam pada itu, Yanny Marliana menumpukan penyelidikannya mengenai bahan pintar yang dapat mempercepat penyembuhan tulang.

Beliau kini menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Azri, pensyarah kanan di Fakulti Sains Gunaa Universiti Teknologi Mara, berhasrat untuk meneruskan penyelidikannya mengenai bateri untuk masa depan. - Bernama

ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.