News

Lima penyelidikan terima geran

16 AUGUST 2019, BY Berita Harian


KUALA LUMPUR: Lima kertas cadangan penyelidikan paling cemerlang dipilih untuk menerima Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka Penempatan Antarabangsa 2019, di sini hari ini.

Pensyarah kanan dari Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Azri Ab Rani menerima geran berkenaan menerusi penyelidikan berkaitan bateri masa depan.

Selain Mohd Azri yang menerima geran bagi kategori kesihatan, sains dan teknologi, dua lagi penerima ialah penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) Universiti Teknologi PETRONAS, Feng Ying Xing serta pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Sumber Mineral dan Bahan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Yanny Marliana Baba Ismail.

Bagi geran kategori alam sekitar, geran diberi kepada Pengurus Penyelidikan Projek, Program Karnivor Borneo, Christian R Gomez sementara usahawan sosial, Juliana Ooi Sue May menerima geran penyelidikan bagi kategori pendidikan dan komuniti.

Ying Xing memfokuskan penyelidikan berkaitan model pembelajaran bagi meningkatkan prestasi kognitif, sementara Yanny, menumpukan kajian kepada bahan yang mempercepat penyembuhan tulang.

Gomez pula memfokuskan penyelidikan berkenaan pemuliharaan haiwan terancam, sementara Sue May memberi tumpuan kepada kajian mengupaya ibu bapa muda dalam pendidikan kesihatan sosial dan reproduktif.

Penerima geran akan menerima bantuan kewangan bagi penempatan jangka pendek dan mereka boleh memilih untuk mengikuti projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi serta organisasi yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa selama tiga bulan.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berkenan menyampaikan geran penyelidikan itu kepada semua penerima.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Presiden Penerokaan dan Pengeluaran ExxonMobil Malaysia Inc, Edward E Graham serta Pengarah Kewangan Shell, Hilmi Yusof.

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah, penerima geran mestilah menggunakan peluang yang diberi untuk meluaskan ilmu dan berkongsi penyelidikan dengan pakar terbaik dunia.

Baginda bertitah, mereka perlu mengumpulkan pandangan berharga yang diperoleh kelak untuk manfaat penyelidikan, selain mencari penyelesaian kepada masalah rakyat.

“Ramai penerima geran terdahulu berjaya melangkah untuk meningkatkan dan mengembangkan keupayaan diri dan membentuk diri sebagai sumber yang boleh diyakini dalam bidang masing-masing.

“Penguasaan dan penerapan ilmu menerusi penyelidikan ialah pembolehubah yang hebat. Jika diguna secara bijak, ia dapat menggalakkan kemajuan ekonomi, pembangunan sosial dan perpaduan serta keharmonian,” titah baginda.

Baginda juga menggalakkan rakyat, terutama anak muda mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan negara menerusi pemupukan budaya perkongsian dan pembinaan pengetahuan.

Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka Penempatan Antarabangsa dilancarkan pada 2012 sebagai program khas menerusi kelolaan Anugerah Merdeka.

Sehingga kini, seramai 14 anak muda berusia 22 hingga 35 tahun menerima geran itu dengan 11 daripadanya menamatkan program penempatan antarabangsa.

ARCHIVES
 
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.