News

Merdeka Award Trust rai tokoh hebat Malaysia

04 JUNE 2024, BY Berita Harian
240528_BHarian_01_Berita_009_0-1.jpg
Kuala Lumpur: Pada 2007, PETRONAS dan Shell telah menubuhkan Amanah Anugerah Merdeka untuk mengiktiraf dan meraikan individu dan organisasi cemerlang yang memupuk budaya kecemerlangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anugerah Merdeka bertujuan untuk menggalakkan kepimpinan pemikiran dan inovasi, seterusnya meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik dan kompetitif. Ia meraikan sumbangan mereka yang telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap Malaysia, sambil mengilhamkan generasi baharu untuk berkhidmat bagi pertumbuhan, pembangunan dan kemajuan negara.

“Pada pendapat saya, memperkasakan budaya kecemerlangan bermakna memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mencapai potensi terbaik mereka.

“Kejayaan tidak bererti apa-apa jika ia tidak mengilhamkan dan memupuk semangat serta keinginan untuk mencapaitahap yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Setiausaha Amanah Anugerah Merdeka, Kerina Fauzi.

Beliau menambah, Malaysia telah menjadi mercu tanda bagi rantau dan dunia dalam pelbagai aspek dan kita harus memegang semangat ini untuk meneruskan usaha di samping meningkatkan kadar kejayaan dalam semua bidang yang kita lakukan.

Proses pemilihan yang ketat
Penerima Anugerah Merdeka dipilih melalui pencarian menyeluruh di dalam dan luar Malaysia. Dalam setiap kitaran, lebih 300 individu dan organisasi berkaliber tinggi dinilai berdasarkan kecemerlangan dan impak yang mapan dalam bidang Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi; Pencapaian Ilmiah Cemerlang; Sumbangan Cemerlang Bagi Rakyat Malaysia dan Anugerah Harapan Merdeka.

Antara penerima anugerah yang diiktiraf atas sumbangan mereka termasuk Kartunis dan Artis Diraja, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, ahli kemanusiaan, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, ahli arkeologi Emeritus Profesor Datuk Dr Siti Zuraina Abdul Majid, Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) dan ramai lagi.

Memasuki kitaran ke-14, penerima Anugerah Merdeka 2024 akan diumumkan pada Ogos ini. Amanah Anugerah Merdeka juga menawarkan Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa yang ditawarkan khas kepada rakyat Malaysia berusia antara 22 dan 35 tahun yang ingin memperluaskan pandangan dunia dan bidang kerja mereka di institusi luar negara. Untuk maklumat lanjut berkenaan Merdeka Award Trust, sila layari www.merdekaward.my.
ARCHIVES
 
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.