News

Samuel Isaiah, Adeeba antara penerima Anugerah Merdeka 2022

19 AUGUST 2022, BY Utusan Malaysia

SULTAN Nazrin Muizuddin Shah (tengah) berkenan bergambar kenangan bersama penerima anugerah dalam Majlis Anugerah Merdeka 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI


KUALA LUMPUR: Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris yang memperkenal pelbagai inovasi kepada pelajar Orang Asli menerima Anugerah Harapan Merdeka atas sumbangan cemerlangnya dalam memartabatkan pendidikan untuk komuniti itu.

Beliau antara enam penerima anugerah berprestij, Anugerah Merdeka 2022 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di ibu negara semalam.

Samuel yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang sebelum ini terpilih sebagai salah seorang daripada 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Beliau turut menerima Anugerah Khas Diraja Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Julai lalu.

Yang turut merangkul Anugerah Merdeka atas sumbangan dan kepakaran dalam bidang masing-masing ialah pakar penyakit berjangkit negara, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman yang dianugerahkan anugerah Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Beliau menjadi penggerak utama bagi mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, menggubal dasar dan menstruktur tindak balas yang membawa kepada pencegahan, rawatan dan pengurangan kes penyakit berkenaan.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Siti Zuraina Abdul Majid menerima anugerah Pencapaian Ilmiah Cemerlang sebagai pakar sejarah dan ahli arkeologi Malaysia pertama serta pencapaian dalam memacu usaha ke arah pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Datuk Dr. Annabel Teh Gallop pula menerima Sumbangan Cemerlang Buat Rakyat Malaysia atas penyelidikan ilmiah, pengarkiban dan pemuliharaan surat dan manuskrip Melayu serta mohor dan dokumen Melayu purba yang membawa kepada pemahaman lebih mendalam terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan diplomasi di seluruh Kepulauan Melayu.

Pertubuhan Teach For Malaysia pula menerima anugerah Pendidikan dan Komuniti atas sumbangan cemerlangnya dalam menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi di sekolah-sekolah kerajaan, terutama sekolah-sekolah di luar bandar dan masyarakat kurang bernasib baik.

Anugerah Alam Sekitar diberikan kepada Global Environment Centre (GEC) atas sumbangan cemerlang mereka dalam pengurusan hutan bakau, hutan paya gambut, sungai dan pantai, program perubahan iklim serta menjalin kerjasama pelbagai pihak yang membantu untuk memulihara dan melindungi alam sekitar dan sumber asli di negara ini.

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah, Anugerah Merdeka bukan sekadar mengiktiraf individu dengan pencapaian cemerlang, malah bermatlamat memupuk semangat perintisan dalam kalangan golongan muda di Malaysia untuk membantu memacu kemajuan negara.

Anugerah itu juga juga bermatlamat memajukan hasil kerja penerima anugerah, dan meningkatkan impaknya terhadap sosial, ekonomi dan persekitaran.

“Ini amat penting ketika kita bergerak ke arah masa depan di mana penyelidikan dan pembangunan saintifik inovatif serta pengetahuan teknologi, dirangsang generasi akan datang, yang akan memberi kelebihan kompetitif pada kita,” titah baginda. – UTUSAN

ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.