News

Sejarawan Khoo Kay Kim antara 7 individu terima Anugerah Merdeka 2018

21 SEPTEMBER 2018, BY Astro Awani
51536010949_merdekaaward.jpg

KUALA LUMPUR: Sejarawan dan ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim adalah antara tujuh individu terkemuka menerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij pada Isnin.

Beliau merupakan penerima bersama dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Seorang lagi dalam kategori yang sama ialah Ahli Ekonomi Prof Dr Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM).

Lima penerima lain ialah 'Bapa Animasi Malaysia' Hassan Abd Muthalib bagi kategori pendidikan dan komuniti sementara aktivis alam sekitar Gurmit Singh K.S. bagi kategori alam sekitar.


Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia Professor Dr Mohd Hair Bejo dan farmakologis Datuk Dr Gan Ee Kiang, yang merupakan penerima bersama kategori kesihatan, sains dan teknologi; dan penjelajah gua British Andrew James Eavis yang dipilih bagi kategori sumbangan cemerlang kepada rakyat Malaysia.

Anugerah itu disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Turut hadir di majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Diwujudkan oleh syarikat gergasi minyak dan gas di Malaysia, Petronas, ExxonMobil dan Shell pada 2007, anugerah itu mengiktiraf dan mengurniakan warga Malaysia dan bukan Malaysia yang telah memberi sumbangan cemerlang dan kekal kepada negara dan rakyatnya.

Setakat ini, 49 individu, termasuk penerima tahun ini, serta dua organisasi, telah menerima Anugerah Merdeka.

Sementara itu, Khoo yang membantu menggubal Rukun Negara berkata anugerah itu mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.

"Hadiah ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menggalakkan rakyat menyumbang bakti kepada negara bangsa terutamanya pada zaman ini di mana lebih ramai orang mementingkan diri sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

ARCHIVES
 
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.