News

Tiga tokoh terima Anugerah Merdeka 2011

23 AUGUST 2011, BY Utusan
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Tokoh seni bina, Datuk Dr. Kenneth Yeang diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga penerima Anugerah Merdeka 2011.
 
Beliau menerima anugerah berprestij itu bagi kategori Alam Sekitar berikutan sumbangannya dalam bidang pembangunan seni bina berasaskan ekologi dan perancangan alam sekitar.
 
Yeang, 63, yang pernah diletakkan antara 50 individu yang 'akan menyelamatkan Bumi' oleh majalah The Guardian dikenali umum sebagai pemangkin prinsip ekologi terhadap pembinaan bangunan mesra alam bioklimatik sejak tiga dekad lalu.
 
Senarai penerima Anugerah Merdeka 2011 diumumkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas di sini hari ini.
 
Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi pula diterima oleh dua ahli sains iaitu Prof. Datuk Dr. Goh Khean Lee dan Profesor Dr. Mak Joon Wah.
 
Khean Lee, 55, pakar bidang gastroenterologi dan hepatologi yang kini berkhidmat sebagai Pakar Gastroenterologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) berjaya mengharumkan negara dalam bidang tersebut melalui beberapa kajiannya.
 
Sementara itu, Joon Wah, 69, pakar bidang parasitologi, patologi dan kesihatan am yang kini Dekan Jabatan Pengajian Pasca Siswazah Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) pula terkenal dengan 337 kertas kajiannya mengenai penyakit tropikal.
 
Setakat ini, seramai 14 individu dan dua organisasi telah menerima anugerah tersebut sejak pertama kali diperkenalkan empat tahun lalu.
 
Setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, trofi dan sijil. Bagaimanapun, penerima bersama dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi kali ini akan berkongsi anugerah yang sama.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Penaung anugerah tersebut dijadualkan menyerahkan anugerah pada 10 Oktober ini di Dewan Filharmonik Petronas, di sini.
ARCHIVES
 
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.