Press Releases

Press Releases

GERAN ANUGERAH MERDEKA EDISI KE-9 UNTUK PENEMPATAN ANTARABANGSA KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

16 JANUARY 2023
GERAN ANUGERAH MERDEKA EDISI KE-9 UNTUK PENEMPATAN ANTARABANGSA KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
 
Rakyat Malaysia Di Bawah Umur 35 Diseru Rebut Peluang 3 Bulan Di Luar Negara
 
14 Januari 2023, Kuala Lumpur - Anak Malaysia yang pintar, berazam dan berbakat berumur antara 22 dan 35 tahun dijemput untuk memohon penempatan jangka pendek di mana-mana universiti, institusi dan organisasi terkemuka di peringkat global, melalui geran yang ditawarkan oleh Merdeka Award Trust.

Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa, yang ditawarkan setiap dua tahun sekali, kini dibuka untuk permohonan sehingga 1 Mei 2023. Penerima terpilih akan dianugerahkan dengan yuran pengajian penuh, serta penginapan dan perjalanan yang ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh penempatan jangka pendek sehingga tiga bulan, selepas diterima oleh institusi pilihan.

Kerina Fauzi, Setiausaha Lembaga Pemegang  Amanah Merdeka Award Trust berkata, “Melalui Geran ini, rakyat Malaysia di bawah umur 35 yang cemerlang, berbakat dan menjiwai semangat Merdeka dapat merebut peluang sekali dalam seumur hidup untuk menjalin dan memupuk rangkaian professional yang kukuh dengan pakar global di bawah institusi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Apabila mereka pulang ke tanah air, harapan kami adalah agar mereka dapat berkongsi penemuan dan pengalaman masing-masing demi impak yang lebih besar, ke arah masa depan yang mampan,” katanya.

Geran ini bertujuan untuk menggalakkan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan dan menggalakkan sudut pandang bertaraf dunia, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global abad ke-21 yang dinamik dan berdaya saing dalam semua sektor utama, daripada sains dan teknologi hinggalah kepada seni.

Setakat hari ini, 24 individu daripada universiti awam dan swasta serta pelbagai organisasi telah dianugerahkan dengan Geran ini sejak ia dilancarkan pada 2012.

Geran ini mencari mereka yang kini sedang mengusahakan sesuatu penyelidikan atau sedang menjalankan apa - apa projek dan ingin mendapatkan pengalaman dari pakar antarabangsa lain dalam beberapa bidang berkaitan seperti pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, pendidikan dan kerja komuniti, sains kesihatan dan teknologi, seni dan budaya, seni visual dan persembahan, warisan dan kerja sosial, sukan, ekonomi dan kewangan dan banyak lagi.

“Sepanjang beberapa tahun ini, kami telah melihat peningkatan bukan sahaja dari segi kualiti permohonan, malah kami turut menerima permohonan yang lebih banyak dan pelbagai. Selain itu, calon yang terpilih telah diterima masuk ke institusi terbaik dunia dengan begitu lancar - penunjuk yang menggalakkan bahawa bakat Malaysia terus berada di kaliber yang membanggakan,” tambah Kerina lagi.

“Melalui Geran ini, kami berhasrat untuk dapat terus mewujudkan generasi rakyat Malaysia yang ingin mengecap kecemerlangan,” kata Kerina, yang menekankan bahawa penerima geran akan digalakkan untuk memupuk lebih ramai bakat cemerlang di dalam negara.

Mengenai proses pemilihan Geran Anugerah Merdeka, Kerina berkata, “Penerima yang layak adalah dipilih melalui penilaian teliti oleh Sekretariat Anugerah Merdeka dan Jawatankuasa Pengasas daripada PETRONAS dan Shell, diikuti oleh Jawatankuasa Pemilihan, diikuti keputusan muktamad oleh Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka. ”

Warganegara Malaysia yang beraspirasi digalakkan untuk memohon sekarang di laman The Merdeka Award - Grant Application, berserta dokumen dan butiran sokongan sebelum tarikh tutup permohonan.

Kit Media: Logo, Testimoni Penerima Geran [1] [2]

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Anugerah Merdeka, layari:
●      Laman Web: www.merdekaaward.my     
●      Facebook: http://j.mp/merdekaaward
●      Instagram: https://www.instagram.com/merdekaaward/
●      YouTube: http://bit.ly/merdekaawardyoutube

- TAMAT  -
 
TENTANG MERDEKA AWARD TRUST
 
Merdeka Award Trust telah ditubuhkan oleh PETRONAS dan Shell pada 27 Ogos 2007, untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan organisasi cemerlang di mana hasil kerja dan pencapaian mereka bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan negara tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
 
Lembaga ini mempunyai dua program utama, Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka untuk penempatan Antarabangsa. Kedua-dua program ini diselang-selikan setiap tahun.
 
Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan dalam kategori berikut, iaitu Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi; Pencapaian Ilmiah Cemerlang; dan Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia.
 
Pada tahun 2022, Anugerah Harapan Merdeka telah diperkenalkan sebagai kategori Anugerah baharu, dengan tujuan untuk mengiktiraf usaha rakyat Malaysia yang berusia 40 tahun dan ke bawah atau organisasi di Malaysia yang ditubuhkan kurang daripada 10 tahun, dalam bidang Pendidikan dan Komuniti, Alam Sekitar, Kesihatan, Sains dan Teknologi.

Pemilihan nama anugerah ini, Anugerah Merdeka, mencerminkan matlamat Ahli Pengasas untuk memperingati semangat kemerdekaan sebenar, yang melangkaui makna konvensional yang mengertikan kedaulatan negara. Ia meneroka pembebasan minda dan semangat jiwa - faktor yang membuka mata kita tentang kehebatan potensi manusia dan perjuangan ke arah meraih kecemerlangan.
 
Melalui inisiatif lain di bawah Anugerah Merdeka, Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa, bertujuan untuk mempromosikan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan dan menggalakkan sudut pandang berperingkat dunia, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pemain Global Abad Ke-21 yang dinamik dan berdaya saing merentasi semua sektor utama, daripada sains dan teknologi sehinggalah kesenian.
 
 
Bagi sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Nadia Izuddin nadia.shaikmizuddin@petronas.com  | +60 12 229 9314
Christine Ong  christine.ong@ceria.asia | +60 12 375 2852
 
ARCHIVES
 
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.