Anugerah Merdeka adalah berdasarkan penyampaian, penggunaan dan penerapan pengetahuan kerana pengetahuan sebagai inti bicara, atau satu bentuk kecerdasan hanya akan menjadi lebih bermakna sekiranya memberi kesan kepada masyarakat. Kami juga percaya bahawa Anugerah Merdeka ini merupakan simbol yang terbaik kerana memberikan galakan dan mengiktiraf perkara tersebut.”
Selain itu, anugerah ini bertujuan memberi inspirasi kepada generasi semasa dan generasi akan datang dengan meraikan kemajuan yang telah dicapai oleh rakyat Malaysia dan menunjukkan bagaimana usaha yang mereka lakukan dapat menambah baik masyarakat sivil secara berterusan. Anugerah Merdeka menggalakkan pemikiran dalam kepimpinan dan inovasi, di samping meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global abad ke-21 yang dinamik dan berdaya saing dalam semua sektor utama daripada sains dan teknologi kepada budaya dan seni.
Dalam sejarah 15 tahun MAT, 57 Anugerah Merdeka dan 24 geran telah dianugerahkan kepada individu dan organisasi.
Penerima-penerima Anugerah Merdeka begitu dikenali dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang memberi impak berkekalan. Penemuan-penemuan mereka telah menghasilkan kejayaan membasmi penyakit dan pemeliharaan alam sekitar. Sementara itu, para penerima geran diberikan penempatan jangka pendek di pelbagai institusi antarabangsa sebagai langkah untuk meluaskan pendedahan mereka serta menggabungkan pendekatan baharu dan sedia ada untuk menangani isu membimbangkan yang mempengaruhi masyarakat dan planet ini.
Melangkah ke hadapan, Taufik berkata pelbagai cabaran dan norma baharu yang wujud akibat COVID-19 seharusnya memberi inspirasi kepada usaha dan keazaman yang lebih besar untuk berjaya meskipun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang menggentarkan dan dalam keadaan yang paling sukar.
Ivan Tan, Pengerusi dan Naib Presiden Kanan Huluan Shell Malaysia yang juga ahli Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berkata bahawa budaya kecemerlangan tidak harus berhenti setakat pada penerima Anugerah dan Geran sahaja tetapi ia sepatutnya menjadi pencetus inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk mempunyai pemikiran yang sama.
Tan berkata, “Anugerah Merdeka ini merupakan platform yang dirangka dengan baik dan amat diperlukan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang menjulang tinggi dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mencipta kehebatan. Anugerah ini meraikan usaha kami yang didorong oleh keinginan untuk melakukan perubahan dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Sebagai Pengasas, anugerah ini ialah cara kita menyumbang ke arah pembangunan negara dan memberi balik kepada negara kita.”
Menurut Taufik, apa yang pada dasarnya harus digalakkan oleh Anugerah Merdeka ialah mewujudkan persekitaran yang mampu memperkasa dan mendorong rakyat Malaysia di setiap peringkat untuk mencapai potensi penuh mereka, tidak pernah berhenti untuk melakukan yang terbaik, tetapi berfikir dengan cara yang berbeza dan membina penyelesaian yang lebih baik untuk komuniti.
“Adalah menjadi harapan kami agar semangat Anugerah Merdeka ini akan terus meletakkan standard yang tinggi dalam menginspirasikan kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi,” kata beliau.