Artikal oleh Suara Sarawak
They were handpicked from over 200 applicants.
KUALA LUMPUR – Kemajuan bukan sekadar dinilai dengan apa yang kita capai hari ini, tetapi impak positif yang kita semai untuk generasi esok. Sejak 2013, Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa memegang peranan penting untuk membentuk masa depan Malaysia dengan memperkasa individu yang inovatif dan komited untuk membina sebuah negara yang lebih maju dan mampan.
Geran yang dibiayai sepenuh ini membolehkan penginovasi berusia bawah 35 tahun merealisasikan idea mereka melalui penempatan antarabangsa selama tiga bulan di institusi terkemuka dunia. Pendedahan ini membolehkan mereka memanfaatkan pengalaman global untuk mengatasi cabaran tempatan.
Destinasi penempatan 2013 – 2023 merangkumi rantau berlainan seperti tertera.
Tangani cabaran tempatan dengan perspektif global
Geran ini bertujuan melengkapkan belia dengan pengetahuan dan pengalaman global untuk menangani isu nasional sekembalinya mereka dari luar negara. Sumbangan berkaitan termasuk bidang Pendidikan & Komuniti; Kesihatan Planet dan Alam Sekitar; Sains, Teknologi dan Inovasi.
Penerima geran 2013 – 2025 mengikut kategori.
Edisi 2025 menandakan satu pencapaian ketara dengan 200 lebih permohonan diterima – rekod tertinggi sejak penubuhan anugerah ini. Fenomena ini mencerminkan aspirasi anak muda Malaysia yang semakin membara untuk menimba ilmu di peringkat antarabangsa dan kembali menyumbang kepada pembangunan negara.
Penerima geran 2013 – 2025 mengikut jantina.
Memupuk inovasi pelbagai disiplin
Oleh itu, pihak Amanah Anugerah Merdeka dengan bangga mengumumkan lima penerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2025 seperti berikut:
Calvin Shee Yin Ming, pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) selaku Pengasas & Presiden United For Global Antimicrobial Stewardship (UGAS) – yang meneroka mikrobiom pokok periuk kera sebagai sebatian semula jadi untuk antibiotik baharu;
Dinesh Sangarran Ramachandram, Pensyarah (Sekolah Farmasi), Monash University Malaysia– yang mendalami penjagaan dementia di Malaysia melalui pendidikan peka budaya dan alat perubatan praktikal;