22 August 2025
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2025

Berita oleh Berita Harian

Dr Zaini Ujang (dua kiri) menerima Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2025 daripada Fadillah (dua kanan) di Connexion Conference & Event Centre Bangsar South City, Kuala Lumpur malam tadi. - Foto NSTP/ Raihana Mansor

KUALA LUMPUR: Tokoh ilmuwan negara, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, menerima Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2025 oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) atas jasa beliau dalam bidang pengurusan air dan kelestarian alam sekitar.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika majlis penganugerahan dan penghargaan LJM 2025, di sini, malam tadi.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Haji Fadillah ketika menyampaikan plak penghargaan Media kepada Pengarang berita kanan Berita Harian, Veena Rusli pada Majlis Makan Malam Penganugerahan Dan Penghargaan Lembaga Jurutera Malaysia di Connexion Conference & Event Centre Bangsar South City, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/RAIHANA MANSOR

Zaini yang menamatkan kerjayanya sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada awal tahun ini, adalah jurutera profesional dan 'chartered engineer' dari Universiti Kingdom.


Beliau yang sebelum ini pernah juga berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA); Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), juga penerima Anugerah Merdeka dan Order of the Rising Sun dari Jepun sebelum ini.

Pada majlis sama turut disampaikan ialah penerima Anugerah Sebutan Khas Kejuruteraan Antarabangsa 2025 yang diberikan kepada Pemangku Ketua Pengarah Institut Maritim Malaysia, Prof Dr Syuhaida Ismail dan Prof Dr Mohd Sapuan Salit.

Sementara Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Negara 2025 pula diberikan kepada jurutera profesional, Alex Looi Tink Huey.



Penghargaan itu diterima Pengarang Berita Kanan Berita Harian, Veena Rusli bagi mewakili Berita Harian; NST juga diwakili Pengarang Berita Kanannya, Robin Augustin manakala TV3 oleh Pengurus Kandungan Siarannya, Nur Dayana Adnan. - Foto NSTP/RAIHANA MANSOR

Selain penganugerahan buat jurutera, LJM turut meraikan media tanah air melalui penghargaan khas kepada lapan agensi termasuk Berita Harian, New Straits Times (NST) dan TV3 yang juga disampaikan Fadillah.

Penghargaan itu diterima Pengarang Berita Kanan Berita Harian, Veena Rusli bagi mewakili Berita Harian; NST juga diwakili Pengarang Berita Kanannya, Robin Augustin manakala TV3 oleh Pengurus Kandungan Siarannya, Nur Dayana Adnan.


Health, Science and Technology
Dato' Professor Dr. Adeeba Kamarulzaman
Recipient for Year 2022
Something that is worth doing is often tough, but the rewards can be big.
Latest from The Merdeka Award
The 2023 Merdeka Award Grant for International Attachment has been awarded.
We can now study sound in living organisms, from the molecular to the ecological.
If you missed the session, stay tuned for the full video coming up soon! Lots of hot stuff in store!
Malaysians Under 35 Invited to Secure 3-Month Attachment Experience Abroad
Ooops!
Generic Popup2