LIMA INDIVIDU RANGKUL ANUGERAH BERPRESTIJ: GERAN MERDEKA AWARD UNTUK PENEMPATAN ANTARABANGSA 2023
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa 2023 telah dianugerahkan kepada lima individu cemerlang yang akan melanjutkan pengajian mereka di institusi terkemuka di England, Mexico, New Zealand, Switzerland dan Amerika Syarikat.
Penerima Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa edisi ke-9 bagi tahun 2023 ialah:
TENTANG MERDEKA AWARD
Merdeka Award Trust telah ditubuhkan oleh PETRONAS dan Shell pada 27 Ogos 2007, untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan organisasi cemerlang di mana hasil kerja dan pencapaian mereka bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan negara, tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan dalam kategori berikut, iaitu Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi; Pencapaian Ilmiah Cemerlang; dan Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia. Pada tahun 2022, Anugerah Harapan Merdeka telah diperkenalkan sebagai kategori anugerah baharu, dengan tujuan untuk mengiktiraf usaha rakyat Malaysia yang berusia 40 tahun dan ke bawah atau organisasi di Malaysia yang ditubuhkan kurang daripada 10 tahun, dalam bidang Pendidikan dan Komuniti, Alam Sekitar dan Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Pemilihan nama anugerah ini, Anugerah Merdeka, mencerminkan matlamat Ahli Pengasas untuk memperingati semangat kemerdekaan sebenar, yang melangkaui makna konvensional yang mengertikan kedaulatan negara. Ia meneroka pembebasan minda dan semangat jiwa - faktor yang membuka mata kita akan kehebatan potensi manusia dan perjuangan ke arah meraih kecemerlangan.
Melalui inisiatif lain di bawah Anugerah Merdeka, Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa bertujuan untuk mempromosikan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan dan menggalakkan sudut pandangan berperingkat dunia, sekaligus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pemain Global Abad Ke-21 yang dinamik dan berdaya saing merentasi semua sektor utama, daripada sains dan teknologi sehinggalah kesenian.
Bagi sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Nadia Izuddin nadia.shaikmizuddin@petronas.com | +60 12 229 9314
Christine Ong christine.ong@ceria.asia | +60 12 375 28