28 August 2024

TUJUH INDIVIDU TERIMA PENGIKTIRAFAN ANUGERAH MERDEKA

Edisi 2024 Raikan Peritis yang Cemerlang dalam Bidang-bidang Baharu


KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024 – Sempena ulang tahun ke-17 Merdeka Award Trust, tujuh individu telah menerima pengiktirafan Anugerah Merdeka 2024 yang cukup berprestij. Anugerah tersebut meraikan usaha insan-insan ini dalam memupuk budaya kecemerlangan serta sumbangan luar biasa mereka kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pada tahun ini, Merdeka Award Trust meraikan individu dalam bidang-bidang baharu. Kali ini, ia turut mengiktiraf penerima anugerah dalam bidang seni persembahan dan kesusasteraan Melayu, advokasi pemuliharaan alam sekitar, ekonomi, pendidikan, di samping inisiatif untuk memastikan penjagaan kesihatan yang adil dan berkualiti, serta bidang kewartawanan penyiasatan.

Penerima Anugerah Merdeka 2024 mengikut kategori adalah:

  • Pendidikan dan Komuniti (Penerima Bersama): Dato' Seri Dr. Abdul Samad Mohamed Said
      atas sumbangan yang pelbagai dalam dunia kesusasteraan Melayu yang merangkumi novel, puisi, esei, drama, dan seni                      persembahan.

  • Pendidikan dan Komuniti (Penerima Bersama): Dato’ Dr. Faridah Merican
      atas usaha perintis dalam memajukan seni persembahan negara melalui teater, drama, dan media untuk memacu kesedaran              serta advokasi sosial dan budaya.

  • Alam Sekitar: Profesor Dr. Joy Jacqueline Pereira
      atas kejayaan mengemudi hubung kait antara sains dan dasar melalui kajian mendalam mengenai perubahan iklim, serta                    memupuk kerjasama antarabangsa untuk melindungi alam sekitar dan komuniti.

  • Kesihatan, Sains dan Teknologi: Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman
      atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk dasar dan inisiatif penjagaan kesihatan untuk memastikan                        penjagaan kesihatan yang adil dan berkualiti, terutama dalam menambah baik akses perkhidmatan nefrologi penting di seluruh          negara untuk pesakit.

  • Pencapaian Akademik Cemerlang: Emeritus Professor Dr. Jomo Kwame Sundaram
      atas sumbangannya sebagai seorang ahli akademik yang cemerlang, pakar ekonomi ternama, dan penasihat yang dipercayai              kepada pembuat dasar global dan tempatan dalam menangani isu-isu pembangunan ekonomi yang mendesak di seluruh dunia.

 

  • Sumbangan Luar Biasa kepada Rakyat Malaysia: Dr. Kathryn Anne Rivai
      atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam menambah baik akses pendidikan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik                melalui Sekolah Etania, yang menawarkan pendidikan berkualiti dan latihan vokasional yang disesuaikan di Sabah.

Buat usaha cemerlang oleh rakyat Malaysia berusia 40 tahun ke bawah, atau organisasi yang telah ditubuhkan kurang dari 10 tahun:

  • Anugerah Harapan Merdeka: Ian Yee Ngan Fui
      atas usaha menerajui kewartawanan penyiasatan di Malaysia di kalangan belia, menghasilkan dokumentari multimedia yang                berkesan serta kempen tindakan awam yang inovatif menentang ketidakadilan sosial.




Pada tahun ini, penerima anugerah telah dipilih selepas pencarian yang meluas di dalam dan luar negara, di mana lebih 400 individu dan organisasi berkaliber tinggi dinilai berdasarkan kecemerlangan dan impak mampan dalam hasil kerja mereka.

Dengan pengumuman hari ini, sejumlah 70 individu dan organisasi telah menerima Anugerah Merdeka sejak tahun 2008. Setiap penerima kategori Anugerah Merdeka menerima Trofi Anugerah Merdeka, Sijil Pengiktirafan, dan ganjaran wang tunai, manakala penerima Anugerah Harapan Merdeka menerima Sijil Pengiktirafan dan ganjaran wang tunai.

Pengasas Anugerah Merdeka – PETRONAS dan Shell – mengucapkan sekalung tahniah kepada para penerima atas usaha mereka yang cemerlang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS dan Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, berkata, "Usaha gigih dan pencapaian luar biasa penerima Anugerah Merdeka ini telah menarik perhatian dunia ke arah isu-isu yang memerlukan tindakan segera. Semangat dan keazaman mereka kini telah membantu mempercepatkan lagi kemajuan kita bersama,

dalam menangani cabaran ini.

"Insan-insan yang amat memberi inspirasi ini melambangkan dan menanam semangat 'Merdeka' merentasi generasi rakyat Malaysia demi mengejar kemajuan dan kecemerlangan ke arah masa depan yang mampan."

Sementara itu, Siti Hurrairah Sulaiman, Pengerusi Negara dan Naib Presiden Kanan - Huluan Shell Malaysia serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Merdeka Award, berkata, “Di tengah-tengah usaha kita dalam membina sebuah masyarakat yang lebih prihatin, adil, dan mampan, kita juga mesti sentiasa berpegang teguh dengan nilai-nilai kita yang mengejar kecemerlangan, dipimpin oleh para pencetus perubahan dan golongan perintis yang semakin ramai meningkat naik.”

Kit Media Anugerah Merdeka boleh dimuat turun di sini.


Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Anugerah Merdeka, layari laman-laman berikut:
 



TENTANG ANUGERAH MERDEKA

Merdeka Award Trust telah ditubuhkan pada 27 Ogos 2007, diasaskan oleh PETRONAS dan Shell.

Merdeka Award Trust meraikan pencapaian dan sumbangan penting individu dan organisasi terhadap Malaysia dalam bidang masing-masing.

Ia meneroka pembebasan minda dan semangat, kekuatan jati diri dan integriti yang menyokong impak yang bermakna, digandingkan dengan kreativiti dan visi yang memungkinkan kecemerlangan.

Dalam memupuk budaya kecemerlangan, Merdeka Award Trust mempunyai dua program utama, iaitu Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa.

Kedua-dua program utama ini direka untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang melahirkan impak positif kepada negara, di samping menyediakan platform untuk memupuk bakat, menggalakkan inovasi, dan memudahkan kerjasama antarabangsa.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nadia Izuddin nadia.shaikmizuddin@petronas.com | +60 12 229 9314
Christine Ong christine.ong@ceria.asia | +60 12 375 2852


Health, Science and Technology
Dato' Professor Dr. Adeeba Kamarulzaman
Recipient for Year 2022
Something that is worth doing is often tough, but the rewards can be big.
Latest from The Merdeka Award
The 2023 Merdeka Award Grant for International Attachment has been awarded.
We can now study sound in living organisms, from the molecular to the ecological.
If you missed the session, stay tuned for the full video coming up soon! Lots of hot stuff in store!
Malaysians Under 35 Invited to Secure 3-Month Attachment Experience Abroad
Ooops!
Generic Popup2