Pada tahun 2022, Anugerah Harapan Merdeka telah diperkenalkan untuk mengganjari belia beraspirasi dan berpotensi bawah 40 tahun dan organisasi bawah 10 tahun penubuhannya yang telah memberikan sumbangan besar, berterusan dan bernilai kepada negara.
Amanah Anugerah Merdeka akan memperkenalkan kategori baharu, Sumbangan Luar Biasa kepada Kemanusiaan, Seni dan Sukan, pada tahun 2026 untuk mengiktiraf calon yang paling layak dan telah memberikan sumbangan besar dan bernilai dalam bidang kemanusiaan, seni dan budaya.
Pencalonan untuk Anugerah Merdeka akan dibuka pada 1 Januari 2025.
Untuk sebarang soalan, sila hantarkan e-mel ke
merdekaaward@petronas.com