Kenyataan Privasi (“Kenyataan Privasi”) ini menerangkan data peribadi yang dikumpulkan tentang individu yang melayari Laman Web (“Laman Web”) kami, masa dan sebab kami mengumpulkannya, cara kami menggunakannya, syarat yang membenarkan kami mendedahkannya kepada individu lain, dan cara kami memastikannya selamat. Sila baca dengan teliti untuk memahami pandangan dan amalan kami berkenaan data peribadi anda serta cara kami mengendalikannya.
Kami boleh mengumpulkan maklumat mengenai anda apabila anda berinteraksi secara aktif dengan Laman Web kami, sebagai contoh apabila anda menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut, mendaftar untuk makluman pekerjaan, atau mengambil bahagian dalam sebarang inisiatif dalam talian atau digital kami.
Kami boleh mengumpulkan data peribadi anda yang telah anda berikan secara sukarela kepada kami melalui Laman Web kami seperti nama anda, maklumat hubungan anda seperti alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat yang telah dikumpulkan daripada anda secara automatik seperti maklumat log masuk, jenis penyemak imbas, sistem pengendalian, dan sistem maklumat URL, dan maklumat lain yang berkenaan bergantung pada tujuan anda melayari Laman Web kami.
Kami boleh menggunakan data peribadi yang diperoleh daripada anda:
Pemprosesan data peribadi anda, dan memperoleh persetujuan anda
Jika kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda yang terdahulu tentang pemprosesan ini pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui maklumat perhubungan di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa dengan menarik balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan berdasarkan persetujuan anda terdahulu sebelum penarikan balik tersebut.
Terdapat juga keadaan jika kami memproses data peribadi anda untuk kepentingan kami yang sah atau atas alasan lain yang sah (iaitu, disebabkan kami telah menjalin hubungan dengan anda dan perlu untuk memproses data peribadi anda supaya dapat menyediakan maklumat dan/atau perkhidmatan yang anda mohon), tanpa mendapat persetujuan anda - ini terpakai apabila aktiviti pemprosesan kami dikawal oleh undang-undang yang berkenaan di sesetengah bidang kuasa di mana kami beroperasi yang tidak memerlukan persetujuan sekiranya terdapat kepentingan sah dan/atau asas lain yang sah untuk memproses data peribadi yang relevan.
Kami tidak memerlukan persetujuan anda dalam kes sedemikian supaya kami dapat menyediakan perkhidmatan yang cekap kepada anda (atau dalam sesetengah kes kemungkinan mustahil bagi kami mendapatkan persetujuan anda kerana kami perlu memproses data peribadi, sebagai contoh, untuk pengesanan penipuan). Sebelum pemprosesan data peribadi anda, kami akan mempertimbangkan hak dan kebebasan anda dan akan hanya memulakan pemprosesan tersebut jika kami tidak beranggapan bahawa hak anda akan dicabuli.
Penyimpanan maklumat anda
Semua maklumat yang anda sediakan kepada kami disimpan di dalam pelayan laman web selamat kami. Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan pengawal fizikal yang bersesuaian untuk melindungi kehilangan, penyalahgunaan akses atau akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan data peribadi yang anda sediakan kepada kami bersesuaian dengan undang-undang terpakai.
Jika kami memberi anda (atau anda telah memilih) kod token yang membolehkan anda mengakses bahagian tertentu pada laman web kami, anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan kod token ini. Kami meminta agar anda untuk tidak berkongsi kod token dengan sesiapa jua.
Tempoh penyimpanan data peribadi anda
Kami menyimpan data peribadi anda hanya selagi kami memerlukannya untuk memenuhi tujuan pengumpulan dilakukan atau disediakan kepada kami (melainkan kewajipan undang-undang memerlukan kami menyimpannya bagi tempoh yang lebih lama).
Pemindahan maklumat anda
Kami mengehadkan akses kepada data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda kepada kakitangan kami dan ejen pihak ketiga (jika persetujuan anda telah diterima), yang kami percaya munasabah perlu mendapatkan akses kepada maklumat anda untuk menyediakan maklumat atau perkhidmatan yang anda mohon daripada kami. Pihak ketiga berkenaan boleh merangkumi:
Peraturan Pelindungan Data Am (Peraturan EU 2016/679) (“GDPR”) telah diterima pakai di Kesatuan Eropah (“EU”) pada 27 April 2016 dan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 25 Mei 2018.
Dari semasa ke semasa, kami (Amanah Anugerah Merdeka) boleh menerima atau mengumpulkan jenis-jenis data peribadi melalui Laman Web kami yang dijelaskan dalam Pernyataan Privasi ini daripada individu yang berada di EU atau EEA apabila mengakses Laman Web kami. Jika dan setakat terpakainya GDPR dalam pemprosesan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini, sila ambil maklum bahawa anda boleh mempunyai hak seperti yang berikut:
Kami mengehadkan akses kepada data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda kepada kakitangan kami dan ejen pihak ketiga, yang kami percaya munasabah perlu mempunyai akses kepada maklumat anda untuk menyediakan maklumat atau perkhidmatan yang anda mohon daripada kami. Kami mempunyai langkah keselamatan yang munasabah untuk membantu berlakunya kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan maklumat yang di bawah kawalan kami. Meskipun kami tidak dapat menjamin kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan kepada data tidak akan berlaku, kami memastikan sistem kami mematuhi piawai keselamatan pasaran untuk membantu kejadian sedemikian daripada berlaku.
Matlamat kami adalah untuk memastikan rekod kami paling terkini dan tepat. Anda boleh menyemak, mengubah atau memadamkan butiran yang dibekalkan kepada kami melalui Laman Web ini dengan menghubungi kami melalui maklumat hubungan seperti yang dinyatakan di bawah. Bergantung pada lokasi anda dan jenis aktiviti pemprosesan data peribadi kami, undang-undang bidang kuasa seperti di EU mungkin terpakai untuk kami memproses data peribadi anda. Bergantung pada undang-undang bidang kuasa terpakai, anda mungkin berhak untuk meminta kami tidak memproses data peribadi anda bagi tujuan pemasaran. Setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai, kami boleh memaklumi anda (sebelum mengumpulkan data anda) sekiranya kami mahu menggunakan data anda untuk tujuan sedemikian atau sekiranya kami mahu mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan sedemikian.
Anda boleh menggunakan hak anda untuk menghalang pemprosesan sedemikian dengan menandai petak tertentu pada borang yang kami gunakan untuk mengumpulkan data anda, atau dengan menghubungi kami melalui maklumat perhubungan seperti yang dinyatakan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda meminta kami memadamkan data anda, ini boleh memberikan kesan kepada keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Selain itu, kami boleh menjejaki maklumat tertentu untuk tujuan pematuhan undang-undang. Oleh hal itu, dalam keadaan tertentu kami tidak boleh memadamkan maklumat tersebut secara keseluruhan.
MAT dan kumpulan syarikat Pengasas kami, ahli gabungan kami dan pembekal pihak ketiga kami telah menetapkan dan menggunakan kuki dan teknologi yang serupa agar dapat membezakan anda daripada pengguna lain di Laman Web kami, untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik apabila anda menyemak imbas Laman Web kami, dan untuk menambah baik prestasi dan kebergunaan Laman Web. Penggunaan kuki dan teknologi yang serupa ialah standard merentas laman web dan aplikasi, dan menerusinya maklumat tentang aktiviti dalam talian anda yang dikumpulkan.
Kuki merupakan fail data kecil yang diletakkan oleh laman web pada peranti pemacu keras anda apabila anda melayarinya. Fail kuki boleh mengandungi maklumat seperti ID pengguna yang menjejaki halaman yang anda layari di laman tersebut. Kuki pada laman web ini digunakan terutamanya untuk mengenal pasti bahawa pengguna telah melayari laman web tersebut sebelumnya dan untuk menjejaki corak trafik pengguna. Kami tidak mengaitkan maklumat ini dengan data mengenai pengguna individu, mahupun berkongsi maklumat ini atau menjualnya kepada mana-mana pihak ketiga.
Pengendalian Kuki.
Sekiranya anda memilih untuk tidak menerima kuki melalui Laman Web ini, anda boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk memberikan amaran kepada anda sebelum menerima kuki dan menolak kuki apabila penyemak imbas anda memaklumkan akan kehadirannya. Anda juga boleh menolak semua kuki dengan mematikannya dalam penyemak imbas anda. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kuki, termasuk cara untuk menetapkan penyemak imbas anda untuk menolak kuki, layari www.allaboutcookies.org.
Tempoh Tamat Kuki
Kuki akan kekal pada komputer anda setelah penyemak imbas ditutup. Kuki akan kembali aktif apabila laman web dibuka semula sehinggalah dialih keluar. Anda boleh memadamkan kuki pada bila-bila masa, dan kuki tidak akan mengumpulkan maklumat apabila anda tidak mengakses laman web.
Dari semasa ke semasa, laman web kami boleh mengandungi pautan ke dan dari laman web dan saluran media sosial rangkaian rakan kongsi kami, pengiklan dan ahli gabungan kami. Sekiranya anda mengikuti pautan di mana-mana laman web atau saluran tersebut, sila ambil maklum bahawa laman web atau saluran berkenaan mempunyai dasar privasi tersendiri dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti atas dasar berkenaan. Sila semak dasar berkenaan sebelum anda menyerahkan sebarang data peribadi kepada laman web atau saluran tersebut.
PINDAAN PADA KENYATAAN PRIVASI KAMI
Sebarang pindaan yang kami lakukan pada Kenyataan Privasi pada masa hadapan akan disiarkan di halaman ini dan, jika bersesuaian, akan diberitahu kepada anda melalui e-mel. Anda dinasihatkan untuk sering kembali ke laman web untuk melihat sebarang pengemaskinian atau perubahan pada Pernyataan Privasi kami.
BAHASA
Bersesuaian dengan keperluan undang-undang perlindungan data dan privasi Malaysia, Pernyataan Privasi ini diterbitkan dalam dwibahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris yang akan diutamakan.
CARA MENGHUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan, komen dan permintaan berkenaan Pernyataan Privasi ini dialu-alukan dan hendaklah dialamatkan kepada:
Alamat Urus Setia Anugerah Merdeka:
Tingkat 71, Menara 2, Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Alamat E-mel:merdekaaward@petronas.com
Hak Cipta © 2024 Amanah Anugerah Merdeka. Semua Hak Cipta Terpelihara.