Sila baca Terma & Syarat ini dengan teliti. Ini merupakan Terma & Syarat am yang mengawal akses dan penggunaan anda pada laman web AMANAH ANUGERAH MERDEKA (kemudian dari ini disebut sebagai “Laman Web”). Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda tidak seharusnya meneruskan penggunaan Laman Web dengan lebih lanjut atau meneruskan sebarang pendaftaran. Dengan meneruskan penggunaan Laman Web dan/atau mana-mana perkhidmatan yang dipaparkan di Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

Takrif

“Maklumat Capaian”
bermaksud maklumat capaian yang kami perlukan daripada anda sebelum melayari bahagian tertentu di Laman Web yang telah anda daftar. Maklumat ini boleh meliputi nama pengguna, kata laluan, nombor telefon bimbit anda atau lain-lain, atau peranti pengecaman yang serupa atau maklumat peribadi yang lain.

“Kandungan”
bermaksud semua data, maklumat, bahan dan kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, gambar, perisian, video, muzik, bunyi dan grafik.

"Fungsi/Kefungsian"
bermaksud perkhidmatan yang ditawarkan pada atau melalui Laman Web, yang boleh merangkumi tetapi tidak terhad kepada kumpulan perbincangan atau perkhidmatan papan buletin atau e-mel, enjin carian dan fasilitator e-dagang, permainan dalam talian, dan peraduan.

"Perkhidmatan"
telah ditakrifkan dalam Klausa 2.1.

"Terma dan Syarat"
bermaksud kontrak antara Amanah Anugerah Merdeka dengan anda yang menggabungkan terma dan syarat ini.

"Cap Dagangan"
bermaksud perkataan atau tanda kepunyaan Amanah Anugerah Merdeka, yang merangkumi perlambangan yang diolah menurut gaya, semua logo dan simbol berkaitan, dan gabungan yang di atas bersama perkataan atau tanda yang lain.

"Anugerah Merdeka"
bermaksud Amanah Anugerah Merdeka dan boleh juga dirujuk sebagai “kami” atau “kita” dalam Terma dan Syarat ini; yang pejabat berdaftarnya terletak di Tingkat 71, Menara 2, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.

"Anda"
bermaksud individu/pengguna Laman Web yang melayari Terma dan Syarat ini (dan “anda” hendaklah ditafsirkan sewajarnya).

1. Maklumat Hubungan/Pertanyaan

1.1. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan am berkenaan Amanah Anugerah Merdeka, anda boleh menghubungi Urus Setia Anugerah Merdeka di 603-2331 0952.

2. Penggunaan kandungan

2.1. Perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda melalui Laman Web tersebut merangkumi Kandungan dan Fungsi yang tersedia di Laman Web atau dengan cara lain disediakan kepada anda hasil daripada anda menggunakan Laman Web tersebut (“Perkhidmatan”).

2.2. Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda hanya dibenarkan untuk menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan tersebut seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Terma dan Syarat atau di Laman Web.

2.3. Anda bersetuju bahawa Laman Web dan Perkhidmatan tersebut adalah untuk kegunaan peribadi anda pada sebuah komputer atau peranti sahaja.
 
2.4 Anda tidak boleh:
  • menyalin, mendedahkan, mengubah suai, memformatkan semula, mempamerkan, mengagihkan, melesenkan, menyiarkan, menjual, mempersembahkan, menerbitkan, memindahkan, atau dengan cara lain menyediakan sebarang Perkhidmatan atau sebarang maklumat yang telah anda pelajari semasa menggunakan Perkhidmatan atau mencapai Laman Web tersebut
  • Mengalih, mengubah atau mengaburkan dalam apa jua cara di Laman Web tersebut dan/atau Perkhidmatan atau dengan cara lain menggunakan bahan lain yang diperoleh sewaktu menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kecuali yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat ini.
  • melakukan penyongsangan kejuruteraan atau menyahkompil (sama ada secara keseluruhan atau sebahagian) mana-mana perisian yang digunakan di Laman Web dan/atau Perkhidmatan (kecuali setakat yang dibenarkan secara khusus oleh undang-undang terpakai).
  • menyalin atau menggunakan apa-apa bahan daripada Laman Web dan/atau Perkhidmatan untuk sebarang tujuan perdagangan, mengalihkan, mengaburkan atau mengubah sebarang hak cipta, cap dagangan atau notis hak harta intelek lain yang terkandung dalam bahan asal atau daripada sebarang bahan salinan atau dicetak daripada Laman Web atau diperoleh hasil daripada Perkhidmatan.

2.5. Sebarang penggunaan proses penyimpanan data cache, seperti pemecut http atau teknologi yang serupa adalah dibenarkan; walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda melihat halaman laman web atau kandungan versi terkini.

2.6. Anda boleh membina pautan atau “pautan dalam” ke Laman Web tersebut dari Laman Web anda, dengan syarat konteksnya relevan, dan pautan atau pemerihalannya tidak mendatangkan kemudaratan kepada Amanah Anugerah Merdeka. Kelulusan tertakluk pada budi bicara mutlak Amanah Anugerah Merdeka.

2.7. Pengguna menerima bahawa capaian ke Laman Web dan/atau Perkhidmatan boleh dihadkan mengikut budi bicara mutlak Amanah Anugerah Merdeka.
3. Obligasi anda

3.1. Anda menjamin bahawa anda akan hanya menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan menurut Terma dan Syarat ini dan secara yang sewajarnya serta sah, dan untuk sebagai contoh tetapi tidak terhad kepada perkara ini sahaja, bahawa anda tidak boleh (dan tidak akan boleh memberikan kuasa atau membenarkan mana-mana pihak yang lain untuk):

3.1.1. menerima, mengakses atau menyiarkan sebarang Kandungan lucah, berunsur pornografi, ugutan, bersifat perkauman, ancaman, yang menjelikkan, yang berunsur fitnah, yang mengandungi pelanggaran amanah, yang melanggar sebarang hak harta intelek (termasuk hak cipta) atau selain juga kandungan yang sangat tidak menyenangkan atau menyalahi undang-undang.

3.1.2. Memintasi pengesahan pengguna atau sekuriti mana-mana hos, rangkaian atau akaun (dirujuk sebagai “perekahan” atau “penggodaman”) juga tidak campur tangan dalam perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian (disebut sebagai “serangan penafian-perkhidmatan”), mahupun menyalin sebarang halaman atau mendaftar kata kunci yang sama dengan enjin carian untuk mengelirukan pengguna lain beranggapan bahawa mereka sedang membaca laman web yang sah milik Anugerah Merdeka (disebut sebagai pengklonan halaman atau “page-jacking”) atau menggunakan Laman Web atau Perkhidmatan untuk sebarang tingkah laku lain yang menyalahi undang-undang atau tidak menyenangkan. Pengguna yang melanggar sistem atau keselamatan rangkaian mungkin menanggung liabiliti jenayah atau sivil, dan Amanah Anugerah Merdeka atas budi bicara mutlaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan pelanggaran jenayah yang disyaki, pelanggaran sistem atau keselamatan rangkaian di bawah kepimpinan penguat kuasa undang-undang atau pihak berkuasa yang berkaitan.

3.1.3. menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan untuk mengiklankan atau menawarkan jualan apa pun barangan atau perkhidmatan bagi sebarang tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis Amanah Anugerah Merdeka.

3.1.4. menyiarkan sebarang Kandungan elektronik (termasuk virus) melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan yang boleh menyebabkan atau akan menyebabkan bahaya dan kemudaratan secara sedar atau dengan melulu, dalam apa pun tahap, kepada sistem komputer yang dimiliki oleh Amanah Anugerah Merdeka atau pengguna Internet yang lain:

3.1.5. menggodam, melakukan permintaan trafik yang melampau, menghantarkan atau memajukan surat berantai, “mel remeh”, apa jua jenis “spam”, tinjauan, peraduan, skim piramid atau dengan cara lain terlibat dalam apa pun tingkah laku dengan niat untuk menghalang pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati Laman Web dan/atau Perkhidmatan atau mana-mana laman web lain, atau dengan cara lain akan merosakkan atau memusnahkan reputasi Amanah Anugerah Merdeka atau reputasi mana-mana pihak ketiga.

3.2. Anda menerima bahawa perkhidmatan sembang, kumpulan perbincangan atau papan buletin dan perkhidmatan-
perkhidmatan serupa yang ditawarkan oleh Amanah Anugerah Merdeka merupakan komunikasi awam dan komunikasi anda boleh tersedia kepada orang lain dan oleh yang demikian anda hendaklah berhati-hati apabila mendedahkan maklumat peribadi atau sensitif atau sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda. Amanah Anugerah Merdeka tidak akan bertanggungjawab, dan tidak mengawal atau mengendors sebarang Kandungan mana-mana Perkhidmatan Perhubungan Awam.

3.3. Sekiranya mana-mana maklumat yang anda sediakan tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, Amanah Anugerah Merdeka berhak untuk menamatkan akaun anda dan tidak membenarkan sebarang dan semua penggunaan terkini atau pada masa hadapan atau akses ke Laman Web tersebut.
4. Maklumat capaian

4.1. Selepas pendaftaran anda, Maklumat Capaian boleh dikeluarkan untuk kegunaan anda mengakses Laman Web dan/atau Perkhidmatan sebarang halaman yang memerlukan pendaftaran. Amanah Anugerah Merdeka berhak untuk menukar Maklumat Capaian anda pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya dan akan memberitahu anda mengenai perubahan ini secepat yang mungkin.

4.2. Akaun anda adalah untuk digunakan oleh hanya seorang pengguna dan anda tidak boleh membenarkan akses serentak menggunakan Maklumat Capaian yang sama. Anda menerima bahawa anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tiada akses tanpa kebenaran di Laman Web dan Perkhidmatan yang didapati menggunakan Maklumat Capaian anda dan bahawa anda bertanggungjawab bagi semua aktiviti yang dilakukan melalui akaun anda sama ada dibenarkan atau tidak. Apabila memilih Maklumat Capaian, anda dilarang menggunakan kata-kata lucah, caci maki atau yang boleh menyinggung perasaan. 

4.3. Anda sebagai pengguna berdaftar akaun hendaklah: 

4.3.1. memastikan yang Maklumat Capaian anda selamat dan tidak dibiarkan diketahui umum serta memastikan Maklumat Capaian anda tidak disimpan di mana-mana pada komputer atau telefon bimbit anda dalam teks biasa;

4.3.2. menyediakan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap dalam semua medan yang dinyatakan wajib ketika mendaftar di Laman Web dan/atau Perkhidmatan dan memberitahu kami dengan segera sekiranya ada sebarang perubahan atau kesilapan. 

4.3.3. Sekiranya Makluman Capaian anda diketahui oleh pengguna lain tanpa kebenaran, anda hendaklah memaklumkan Urus Setia Anugerah Merdeka dengan segera. 

4.4. Setelah anda ‘log masuk’ ke dalam mana-mana kawasan selamat di Laman Web, anda akan diminta untuk memberikan Maklumat Capaian anda. Anda tidak boleh pada bila-bila masa meninggalkan terminal Internet atau peranti yang telah anda akses Laman Web dan Perkhidmatan atau membenarkan orang lain menggunakan terminal Internet atau peranti tersebut sehingga anda telah log keluar dari kawasan selamat di Laman Web dan Perkhidmatan tersebut. Anda akan bertanggungjawab bagi memastikan bahawa anda telah log keluar dari kawasan selamat pada akhir sebarang sesi.

4.5. Anda tidak boleh mengakses Laman Web dan Perkhidmatan daripada mana-mana komputer yang disambungkan pada rangkaian kawasan setempat (LAN) atau sebarang peranti akses Internet awam atau pusat akses sebelum memastikan tiada orang lain yang dapat melihat atau meniru akses anda terlebih dahulu atau mendapatkan akses ke Laman Web dan Perkhidmatan dengan berpura-pura menjadi anda.

4.6. Anda bersetuju untuk menyemak dengan teliti semua maklumat berkaitan dengan anda dan memaklumkan kami dengan kadar segar jika terdapat sebarang percanggahan.

5. Maklumat anda

Penggunaan maklumat peribadi anda dikawal oleh Pernyataan Dasar Privasi Amanah Anugerah Merdeka, yang menjadi sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.

6. Hak proprietari

6.1. Semua cap dagangan yang digunakan di Laman Web dan/atau Perkhidmatan merupakan cap dagangan Amanah Anugerah Merdeka. Anda hanya boleh menggunakan Cap Dagangan secara wajar dan tidak akan menggunakan Cap Dagangan, sama ada reka bentuk atau tanda perkataan:

  • sebagai atau sebahagian daripada cap dagangan anda sendiri;
  • dengan cara yang berkemungkinan akan menyebabkan kekeliruan;
  • untuk mengenal pasti produk yang tiada kaitan dengannya;
  • untuk membayangkan pengendorsan atau sebaliknya produk atau perkhidmatan yang tiada kaitan dengannya, atau
  • dalam sebarang cara yang akan atau boleh mengakibatkan kerosakan kepada reputasi Amanah Anugerah Merdeka atau Cap Dagangan.

6.2. Anda menerima dan bersetuju bahawa Laman Web dan Perkhidmatannya atau mana-mana bahagiannya, sama ada disampaikan kepada anda oleh Amanah Anugerah Merdeka, pengiklan atau mana-mana pihak ketiga dilindungi oleh hak cipta, cap dagangan, cap perkhidmatan, paten, atau hak dan undang-undang dagangan lain. Semua hak terpelihara dinyatakan dengan jelas.

6.3. Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini dan tiada apa pada Laman Web dan/atau Perkhidmatan yang boleh ditafsirkan sebagai membenarkan pemberian apa-apa lesen atau pemindahan hak yang lain kepada anda mana-mana harta intelek atau hak proprietari Amanah Anugerah Merdeka yang lain atau mana-mana pihak ketiga, sama ada secara estopel, implikasi atau selainnya.

7. Kos

7.1 Amanah Anugerah Merdeka berhak untuk mengenakan caj untuk akses kepada sebahagian atau keseluruhan Laman pada masa hadapan, tertakluk pada pemberian notis yang jelas kepada anda apabila melayari mana-mana bahagian yang mengenakan caj. 

7.2. Anda hendaklah menyediakan semua peralatan yang diperlukan untuk mengakses Laman Web dan Perkhidmatan pada Internet dan akan bertanggungjawab untuk pembayaran caj telefon tempatan anda mengikut kadar yang diterbitkan oleh pengendali telefon panggilan tempatan anda atau apa-apa caj akses Internet yang anda langgan. Sekiranya peralatan anda tidak menyokong teknologi yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada penyulitan, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan tertentu atau mengakses maklumat tertentu pada Laman Web.

8. Liabiliti untuk kandungan

8.1. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan dalam apa pun cara yang bersesuaian dengan tujuan anda. Perkhidmatan dikemaskinikan secara berkala dan anda hendaklah sering menyemak Laman Web dan Perkhidmatan untuk memastikan bahawa anda mempunyai maklumat yang terkini. Anda juga hendaklah memuat penyemak imbas anda semula setiap kali melayari Laman Web bagi memastikan bahawa anda mempunyai versi Laman Web yang paling terkini.

8.2. Laman Web dan Perkhidmatan disediakan atas dasar “sebagaimana sedia ada”. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk menyediakan maklumat yang tepat pada halaman ini, baik Amanah Anugerah Merdeka mahupun mana-mana kakitangannya, mahupun mana-mana anggota kumpulan bersekutunya, pembekal dan agensi komunikasi mereka, mahupun mana-mana kakitangan mereka, tidak membuat sebarang waranti, tersurat atau tersirat, atau menanggung sebarang liabiliti undang-undang (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang) atau bertanggungjawab atas kesesuaian, kebolehpercayaan, ketepatan masa, ketepatan atau kesempurnaan Perkhidmatan, maklumat, bahan, dan kandungan atau mana-mana bahagiannya yang terkandung pada Laman Web atau dalam Perkhidmatan.

8.3. Anda menerima bahawa Amanah Anugerah Merdeka tidak dapat melaksanakan kawalan terhadap keselamatan atau Kandungan yang disampaikan menerusi rangkaian, Laman Web atau melalui Perkhidmatan dan Amanah Anugerah Merdeka, dengan itu mengecualikan semua bentuk liabiliti yang dikaitkan dengan penyiaran atau penerimaan Kandungan yang melanggar undang-undang dalam apa jua bentuk.

9. Liabiliti untuk kandungan pihak ketiga

9.1. Laman Web ini mengandungi pautan ke laman web, halaman web, dan perkhidmatan yang boleh dikendalikan atau tidak dikendalikan oleh Amanah Anugerah Merdeka dan anda bersetuju bahawa penggunaan anda pada setiap laman web, halaman web dan perkhidmatan juga tertakluk pada terma dan syarat ini, sekiranya ada, yang terkandung dalam setiap laman web atau halaman web atau yang dilampirkan dengan mana-mana perkhidmatan. Terma dan Syarat ini hendaklah disifatkan sebagai digabungkan ke dalam setiap set terma dan syarat. Sekiranya terdapat sebarang konflik, terma dan syarat yang terkandung dalam laman web atau halaman web yang berkaitan atau yang dilampirkan pada perkhidmatan berkaitan akan mengatasi Terma dan Syarat ini. 

9.2. Amanah Anugerah Merdeka tidak bertanggungjawab untuk dan tidak mengendors Kandungan, kecuali dinyatakan dengan jelas dihasilkan atau diterbitkan oleh pihak ketiga yang dimasukkan pada Laman Web atau yang boleh dipautkan ke dan dari Laman Web. 

9.3. Laman Web dan/atau Perkhidmatan boleh anda gunakan untuk memaut ke laman web, sumber dan/atau rangkaian lain di seluruh dunia. Amanah Anugerah Merdeka tidak bertanggungjawab terhadap Kandungan, perkhidmatan atau selainnya dari segi ini, dan anda hendaklah bersetuju untuk mematuhi polisi penggunaan yang boleh diterima bagi laman web, sumber dan/atau rangkaian tersebut. 

9.4. Tertakluk pada Klausa 13, anda bersetuju bahawa Amanah Anugerah Merdeka secara amnya tidak dan tidak dikehendaki untuk memantau atau mengedit penggunaan anda atau orang lain yang menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan atau sifat Kandungan dan Amanah Anugerah Merdeka dikecualikan daripada apa jua liabiliti yang timbul daripada penggunaan Perkhidmatan tersebut, dan khususnya tidak terhad kepada Kandungan terdahulu dan dalam semua bentuk. Walau apa-apa pun yang dinyatakan sebelum ini, Amanah Anugerah Merdeka berhak untuk mengedit, menyekat atau mengeluarkan sebarang Perkhidmatan dan/atau Kandungan pada bila-bila masa yang dipercayai oleh Amanah Anugerah Merdeka menurut budi bicara mutlaknya perlu untuk menghalang sebarang pelanggaran Terma dan Syarat ini atau sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan yang berkenaan.

10. Pengecualian liabiliti

10.1. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini boleh bertindak untuk mengehadkan atau mengecualikan liabiliti Amanah Anugerah Merdeka atas kematian atau kecederaan peribadi akibat kecuaian, penipuan atau sebarang liabiliti lain, yang mengikut undang-undang terpakai tidak boleh dihadkan atau dikecualikan.

10.2. Amanah Anugerah Merdeka akan menggunakan usahanya yang munasabah untuk memastikan penyelenggaraan dan ketersediaan Laman Web, Perkhidmatan, dan Kandungan tetapi ketersediaan boleh terjejas oleh peralatan anda, rangkaian komunikasi lain, terlalu ramai orang mencuba untuk menggunakan rangkaian atau Internet pada masa yang sama atau punca gangguan lain dan boleh gagal atau memerlukan penyelenggaraan tanpa notis.

10.3. Amanah Anugerah Merdeka dan juga mana-mana ahli daripada ahli bersekutu dan/atau rakan kongsi tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan khusus, tidak langsung atau berbangkit atau apa-apa sahaja kerosakan, sama ada oleh tindakan dalam kontrak, kecuaian atau tindakan putar belit lain, yang timbul daripada atau bersabit dengan prestasi atau penggunaan Perkhidmatan dan Kandungan yang tersedia pada Laman Web dan khususnya, tetapi tidak terhad kepada kandungan terdahulu, MAT secara khususnya mengecualikan semua apa-apa sahaja liabiliti berkaitan sebarang kerugian yang timbul akibat:

10.3.1. anda menggunakan Laman Web atau kebergantungan anda terhadap Perkhidmatan atau Kandungan, atau sebarang kerugian akibat daripada kelewatan, tiada penghantaran, terlepas penghantaran, atau gangguan perkhidmatan; dan

10.3.2. kecacatan yang mungkin timbul wujud atau perbelanjaan yang dikenakan, kehilangan keuntungan, kehilangan Kandungan anda atau kerugian berbangkit yang timbul daripada penggunaan anda, atau ketidakupayaan untuk menggunakan atau mengakses atau kegagalan, penggantungan atau pengeluaran kesemua atau sebahagian Laman Web dan Perkhidmatan pada bila-bila masa.

10.4. Semua syarat atau waranti yang boleh tersirat atau digabungkan ke dalam Terma dan Syarat ini mengikut undang-undang atau sebaliknya dengan ini secara nyata dikecualikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

10.5. Satu-satunya remedi anda di bawah Terma dan Syarat ini adalah dengan tidak meneruskan penggunaan Laman Web.

10.6. Amanah Anugerah Merdeka melakukan segala usaha untuk memastikan keselamatan komunikasi anda. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa atas sebab yang di luar kawalan kami, wujud risiko komunikasi anda boleh dipintas atau diakses secara haram oleh mereka yang bukan penerima yang dimaksudkan. Sebagai contoh, komunikasi anda boleh melalui rangkaian pihak ketiga dan hal ini di luar kawalan kami. Internet bukan satu persekitaran yang selamat. Program atau bahan yang tidak diingini boleh dimuat turun tanpa pengetahuan anda, yang membolehkan pihak yang tiada izin dapat mengakses telefon bimbit anda dan maklumat disimpan di dalamnya. Program ini mungkin melakukan perkara yang tidak anda benarkan tanpa kebenaran anda.

11.Variasi

11.1. Amanah Anugerah Merdeka berhak untuk mengubah suai Laman Web dan/atau Perkhidmatan/Kandungan atau menggantung atau menamatkan Laman Web dan/atau Perkhidmatan atau akses untuk sebahagian atau kesemuanya pada bila-bila masa.

11.2. Amanah Anugerah Merdeka berhak mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan tersebut akan berkuat kuasa dua minggu selepas disiarkan pada laman web. Apabila anda meneruskan penggunaan laman web ini, anda dianggap menerima perubahan pada Terma dan Syarat.

12. Indemniti

12.1. Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya dan memastikan Amanah Anugerah Merdeka tidak mendapat kemudaratan daripada dan terhadap sebarang tuntutan oleh pihak ketiga akibat daripada penggunaan Laman Web berkaitan semua kerugian, kos, tindakan, prosiding, tuntutan, ganti rugi, perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan undang-undang yang munasabah), atau liabiliti, walau apa-apa pun yang dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung oleh Amanah Anugerah Merdeka akibat daripada penggunaan Laman Web, Perkhidmatan atau penyediaan Kandungan atau pelanggaran atau ketidakpatuhan anda terhadap mana-mana Terma dan Syarat tersebut.

12.2. Anda hendaklah mempertahankan dan membayar kesemua kos, ganti rugi, award, fi (termasuk sebarang fi undang-undang yang munasabah) dan penghakiman yang diberikan terhadap Amanah Anugerah Merdeka yang timbul daripada tuntutan di atas dan hendaklah menyediakan kepada Amanah Anugerah Merdeka notis tuntutan tersebut, kuasa sepenuhnya untuk mempertahankan, berkompromi atau membuat penyelesaian tuntutan berkenaan dan bantuan yang munasabah yang diperlukan untuk mempertahankan tuntutan tersebut, atas perbelanjaan sendiri.

13. Penamatan

13.1. Amanah Anugerah Merdeka boleh memilih untuk menggantung, menggubah atau menamatkan Laman Web ini dengan serta merta dan tanpa notis awal pada bila-bila masa untuk melakukan kerja pembaikan atau penyelenggaraan atau untuk menaikkan taraf atau mengemaskinikan Laman Web untuk apa-apa saja sebab lain.

13.2. Amanah Anugerah Merdeka boleh memilih untuk menamatkan akses anda ke Laman Web ini dengan serta merta kerana pelanggaran mana-mana Terma dan Syarat oleh anda, termasuk, tanpa had, atau sekiranya Amanah Anugerah Merdeka berhenti mengaktifkan Laman Web ini untuk apa-apa sebab.

14. Am

14.1. Undang-undang dan Bidang Kuasa Pentadbir - Terma dan Syarat ini dikawal oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan anda dengan ini menyerah kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah Malaysia.

14.2. Kebolehasingan - Terma dan Syarat ini boleh diasingkan yang mana sekiranya mana-mana peruntukan ditentukan sebagai menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah bidang kuasa kompeten, peruntukan tersebut hendaklah dianggap telah dipadamkan tanpa menjejaskan peruntukan Terma dan Syarat selebihnya.

14.3. Pelepasan - Kegagalan Amanah Anugerah Merdeka untuk melaksanakan mana-mana hak atau peruntukan tertentu Terma dan Syarat atau peruntukan berkenaan kecuali telah diakui dan dipersetujui secara bertulis oleh Amanah Anugerah Merdeka.

14.4. Representasi - Anda mengakui dan bersetuju bahawa dalam memeterai Terma dan Syarat ini, anda tidak bergantung pada, dan boleh untuk tidak mempunyai remedi berkaitan sebarang pernyataan, representasi, waranti atau pemahaman (sama ada melalui kecuaian atau tidak sengaja dilakukan) terhadap mana-mana individu (sama ada merupakan pihak atau tidak dalam Terma dan Syarat ini) selain yang dinyatakan secara jelas di Terma dan Syarat sebagai waranti. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa dalam Klausa ini boleh mengehadkan atau mengecualikan mana-mana liabiliti untuk penipuan.

14.5. Penyerahan Hak - Dengan memeterai Terma dan Syarat ini, anda mengaku janji bahawa anda tidak akan menyerah hak, menjual semula, membuat subpajakan atau dengan cara lain memindahkan hak atau kewajipan anda di bawah Terma dan Syarat ini atau sebahagian daripadanya. Apa-apa sahaja pelanggaran sekatan ini, sama ada berjaya atau tidak, boleh mengakibatkan Perkhidmatan ditamatkan oleh Amanah Anugerah Merdeka dengan serta merta. Amanah Anugerah Merdeka boleh menyerahkan hak Terma dan Syarat ini secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya kepada mana-mana pihak ketiga mengikut budi bicaranya.

14.6. Hak Pihak Ketiga - Kecuali dalam kes sebarang penyerahan hak yang dibenarkan Perjanjian ini di bawah Klausa 14.5, seseorang yang bukan merupakan pihak kepada Perjanjian ini tiada hak di bawah Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga)1999 atau sebaliknya untuk menguatkuasakan mana-mana Klausa Perjanjian tersebut.

14.7. Force Majeure - Amanah Anugerah Merdeka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran Terma dan Syarat ini yang disebabkan oleh apa-apa sebab di luar kawalannya yang munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada, bencana alam, cuaca buruk, sebarang tindakan atau kegagalan untuk bertindak daripada Kerajaan atau pengendali telefon awam atau pihak berkuasa lain yang kompeten atau pihak lain yang mana bukan di bawah tanggungjawab Amanah Anugerah Merdeka.

Hak Cipta © 2024 Merdeka Award Trust. Semua Hak Terpelihara.
Latest from The Merdeka Award
The 2023 Merdeka Award Grant for International Attachment has been awarded.
We can now study sound in living organisms, from the molecular to the ecological.
If you missed the session, stay tuned for the full video coming up soon! Lots of hot stuff in store!
Malaysians Under 35 Invited to Secure 3-Month Attachment Experience Abroad
Ooops!
Generic Popup2