Anugerah Merdeka meraikan semangat sebenar kebebasan yang menjangkau takrif konvensional kedaulatan negara. Anugerah ini meneroka jiwa dan minda kemerdekaan – faktor yang memupuk kesedaran tentang potensi manusia dan kehendak untuk mencapai kecemerlangan. Anugerah Merdeka berhasrat untuk menggalakkan usaha yang luar biasa dan keluar dari zon selesa, beraspirasi untuk membentuk pemikiran baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Justeru, Anugerah Merdeka meraikan dan mengganjari kebebasan minda dan jiwa, keutuhan watak dan integriti yang menguatkan pencapaian bermakna, kreativiti serta visi yang menjadi pemangkin kehebatan.