Articles

Anugerah Merdeka: Mengangkat Rakyat Malaysia ke Tahap Lebih Tinggi Didorong oleh misi untuk “Memupuk Budaya Kecemerlangan”

11 APRIL 2022
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dalam ucapan kemerdekaannya menyatakan, “Kemerdekaan sememangnya merupakan satu detik kejayaan yang penting tetapi ia hanyalah permulaan kepada satu usaha yang lebih besar…Saya menyeru kepada anda semua agar mendedikasikan diri untuk bekerja dan berjuang dengan tenaga dan akal  bagi mewujudkan sebuah negara baharu, yang diilhamkan daripada cita-cita keadilan dan kebebasan…”

Apabila Merdeka Award Trust (MAT) ditubuhkan oleh PETRONAS, ExxonMobil dan Shell pada 27 Ogos 2007 untuk meningkatkan kehebatan dalam kalangan rakyat Malaysia, usaha tersebut secara tidak langsung menghayati semangat wawasan Tunku Abdul Rahman.

Sememangnya daripada awal lagi, MAT telah membuat persediaan untuk memupuk budaya kecemerlangan dalam kalangan individu dan organisasi dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada mereka yang memiliki “tenaga dan fikiran” yang terbukti luar biasa dalam usaha mereka untuk membina komuniti dan negara melalui inovasi dan perkhidmatan.
Sultan.png
Penaung Diraja dan Pengerusi MAT Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan menzahirkan titah, “Anugerah Merdeka dinamakan sedemikian untuk menterjemahkan dan memperingati “Semangat Merdeka”, yang sudah sekian lama dipamerkan melalui perbuatan nenek moyang kita. Anugerah Merdeka mencerminkan makna sebenar kemerdekaan, menyedari potensi manusia dan usaha berterusan untuk mengejar kecemerlangan.”

Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin turut menzahirkan, “Apa yang lebih penting, anugerah ini merangkumi sifat-sifat terpuji rakyat Malaysia  yang menerajui usaha untuk membawa perubahan dan membuat perbezaan yang nyata dalam dunia ini melalui kerja-kerja yang mereka laksanakan untuk rakyat dan negara Malaysia.”
 
BH-5-1.PNG
Datuk Tengku Muhammad Taufik, Presiden dan Ketua Kumpulan Eksekutif PETRONAS bersetuju bahawa walaupun Anugerah Merdeka adalah sinonim dengan kecemerlangan, namun manfaat yang diterima oleh masyarakat melalui hasil kerja para penerima anugerah inilah yang memberikannya nilai.

Anugerah Merdeka adalah berdasarkan penyampaian, penggunaan dan penerapan pengetahuan kerana pengetahuan sebagai inti bicara, atau satu bentuk kecerdasan hanya akan menjadi lebih bermakna sekiranya memberi kesan kepada masyarakat. Kami juga percaya bahawa Anugerah Merdeka ini merupakan simbol yang terbaik kerana memberikan galakan dan mengiktiraf perkara tersebut.”

Selain itu, anugerah ini bertujuan memberi inspirasi kepada generasi semasa dan generasi akan datang dengan meraikan kemajuan yang telah dicapai oleh rakyat Malaysia dan menunjukkan bagaimana usaha yang mereka lakukan dapat menambah baik masyarakat sivil secara berterusan. Anugerah Merdeka menggalakkan pemikiran dalam kepimpinan dan inovasi, di samping meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global abad ke-21 yang dinamik dan berdaya saing dalam semua sektor utama daripada sains dan teknologi kepada budaya dan seni.

Dalam sejarah 15 tahun MAT,  57 Anugerah Merdeka dan 24 geran telah dianugerahkan kepada individu dan organisasi.

Penerima-penerima Anugerah Merdeka begitu dikenali dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang memberi impak berkekalan. Penemuan-penemuan mereka telah menghasilkan kejayaan membasmi penyakit dan pemeliharaan alam sekitar.  Sementara itu, para penerima geran diberikan penempatan jangka pendek di pelbagai institusi antarabangsa sebagai langkah untuk meluaskan pendedahan mereka serta menggabungkan pendekatan baharu dan sedia ada untuk menangani isu membimbangkan yang mempengaruhi masyarakat dan planet ini.

Melangkah ke hadapan, Taufik berkata pelbagai cabaran dan norma baharu yang wujud akibat COVID-19 seharusnya memberi inspirasi kepada usaha dan keazaman yang lebih besar untuk berjaya meskipun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang menggentarkan dan dalam keadaan yang paling sukar.

Ivan Tan, Pengerusi dan Naib Presiden Kanan Huluan Shell Malaysia  yang juga ahli Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berkata bahawa budaya kecemerlangan tidak harus berhenti setakat pada penerima Anugerah dan Geran sahaja tetapi ia sepatutnya menjadi pencetus inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk mempunyai pemikiran yang sama.

Tan berkata, “Anugerah Merdeka ini merupakan platform yang dirangka dengan baik dan amat diperlukan untuk mengiktiraf pencapaian rakyat Malaysia yang menjulang tinggi dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mencipta kehebatan. Anugerah ini meraikan usaha kami yang didorong oleh keinginan untuk melakukan perubahan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Sebagai Pengasas, anugerah ini ialah cara kita menyumbang ke arah pembangunan negara dan memberi balik kepada negara kita.”
 
Menurut Taufik, apa yang pada dasarnya harus digalakkan oleh Anugerah Merdeka ialah mewujudkan persekitaran yang mampu memperkasa dan mendorong rakyat Malaysia di setiap peringkat untuk mencapai potensi penuh mereka, tidak pernah berhenti untuk melakukan yang terbaik, tetapi berfikir dengan cara yang berbeza dan membina penyelesaian yang lebih baik untuk komuniti.

“Adalah menjadi harapan kami agar semangat Anugerah Merdeka ini akan terus meletakkan standard yang tinggi dalam menginspirasikan kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi,” kata beliau.

Tentang Anugerah Merdeka Award Trust

Merdeka Award Trust menawarkan dua program iaitu Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa.

Anugerah Merdeka boleh dianggap sebagai salah satu anugerah paling berprestij di Malaysia dan memberi penghormatan kepada kerja-kerja dan pencapaian yang cemerlang dalam arena Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan; Sains dan Teknologi; serta Pencapaian Luar Biasa Rakyat Malaysia.

Penerima anugerah terdahulu termasuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA), yang telah memberikan sokongan kewangan, emosi dan sosial kepada hampir 60,000 pesakit kanser selama lebih 26 tahun; Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid (Allahyarham) – atas sumbangan beliau dalam bidang Pendidikan dan Komuniti; Profesor Dr. Ng Kwan Hoong atas kerja beliau dalam pengimejan kanser payu dara yang telah menyumbang secara signifikan kepada pengesanan awal dan pengurusan penyakit tersebut di seluruh dunia; sejarawan Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim (mendiang); Tan Sri Dr Jemilah Mahmood – yang telah menubuhkan organisasi kemanusiaan MERCY Malaysia; dan Suzanne Mooney – pengasas The Lost Food Project yang merupakan bank makanan mampan yang pertama di Malaysia.

BH-1-1.pngBH-2-1.png
Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa memupuk anak muda Malaysia yang cerah masa depannya dalam perjalanan mereka ke arah kecemerlangan dengan meletakkan penerima geran di institusi terkemuka bertaraf antarabangsa bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan hasil kerja dan pencapaian mereka.
 
BH-3.pngBH-4.png
 
 

 
ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.