Press Releases

Press Releases

LIMA INDIVIDU RANGKUL ANUGERAH BERPRESTIJ: GERAN MERDEKA AWARD UNTUK PENEMPATAN ANTARABANGSA 2023

11 NOVEMBER 2023
LIMA INDIVIDU RANGKUL ANUGERAH BERPRESTIJ:
GERAN MERDEKA AWARD  UNTUK PENEMPATAN ANTARABANGSA 2023
 
 
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa 2023 telah dianugerahkan kepada lima individu cemerlang yang akan melanjutkan pengajian mereka di institusi terkemuka di England, Mexico, New Zealand, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Penerima Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa edisi ke-9 bagi tahun 2023 ialah:
 
  • Masni A/P Mat Dong, Pensyarah Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman yang bercadang untuk meneruskan kajiannya dalam Pengubahsuaian Pembangunan Inklusif: Perspektif Keadilan Akses dan Kemiskinan Multidimensi Orang Asli di Malaysia.
 
  • Syaza Soraya binti Sauli, Calon PhD, Universiti Teknologi Malaysia yang merancang untuk mengembangkan bidang  kerjanya  dalam Menguatkan Nilai Kelestarian Alam Sekitar Di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Di Malaysia Melalui Modul Pembelajaran Komprehensif Berasaskan Alam Semulajadi.
.
  • Amaziasizamoria Jumail, Pegawai Penyelidik, Pusat Lapangan Danau Girang yang merancang untuk meneroka dan berkongsi pengetahuan tentang Ekologi Pemulihan Hutan Tropika dalam Konteks Global Selatan.
 
  • Dr. Kong Xin Ying, Felow  Pasca-Kedoktoran, Universiti Teknologi Nanyang yang merancang untuk meneruskan kerjanya dalam Penggunaan Semula Plastik Sebagai Alternatif Tenaga Mampan.
 
  • Dr. Ng Chuck Chuan, Penolong Profesor, Universiti Xiamen Malaysia yang akan meneruskan kajiannya dalam Penilaian Perbandingan dan Adaptasi Fitorawatan Sebagai Sebahagian Penyelesaian Berasaskan Alam (NbS) untuk Pencemaran Logam Berat dalam Tanah di Amerika Syarikat dan Malaysia.
 
Sejak penubuhan Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa pada tahun 2012, seramai 29 individu telah dianugerahkan geran ini. Sepanjang penubuhannya, para penerima geran telah melanjutkan pengajian mereka di lebih 30 institusi terkemuka dunia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, seni, sukan, kerja komuniti/sosial, alam sekitar, kesihatan, dan sains dan teknologi.
 
Selaku pengasas Merdeka Award, PETRONAS dan Shell mengucapkan tahniah kepada para penerima Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa 2023. Pencapaian penerima geran edisi ke-9 ini adalah bukti kecemerlangan pencapaian para penerima, di samping menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan ini menjelang sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-66 tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Merdeka Award, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, "Geran Merdeka Award telah ditubuhkan untuk memperkasakan generasi baharu pemimpin, penggerak dan pencetus perubahan. Sepanjang tempoh penempatan mereka, kami percaya bahawa pengalaman dan sudut pandang yang akan mereka perolehi apabila duduk semeja dengan minda terpintar dan paling bernas di dunia akan memberi kesan perubahan positif buat masyarakat. Pastinya, ia akan mengangkat martabat Malaysia ke puncak lebih tinggi.”

Tambah beliau lagi, “Sememangnya, Merdeka Award Trust amat berbesar hati dapat memainkan peranan dalam membantu penerima untuk maju menggapai Impian mereka. Hari ini, ramai penerima Geran Merdeka Award yang lalu terus memberi inspirasi dengan hasil kerja mereka yang mencetus transformasi. Melalui usaha konsisten ini, ia sebuah pelaburan untuk melakar masa hadapan tanpa sempadan untuk Malaysia khususnya, dan seluruh dunia."

Puan Siti Hurairah Sulaiman, Pengerusi dan Naib Presiden Kanan Upstream Shell Malaysia, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Merdeka Award, berkata, “Kami amat gembira kerana dapat mengiktiraf dan menyokong usaha-usaha penting yang dijalankan penerima dalam bidang masing-masing. Di sini, kami juga menyeru para penerima untuk memanfaatkan peluang yang diberikan oleh Merdeka Award Trust untuk mereka terus membangun dan melangkah maju. Kami teruja menantikan lebih banyak lagi kisah kejayaan mereka yang bakal menyusul, sekaligus menyumbang ke arah masa depan yang lebih baik untuk Malaysia."

Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa menawarkan rakyat Malaysia yang berumur antara 22 dan 35 tahun peluang untuk melibatkan diri dalam projek dan program kerjasama jangka pendek dalam pelbagai bidang disiplin.
 
Para penerima akan menimba pengalaman yang membolehkan mereka mengasah kemahiran, menambah baik bidang kerja mereka dan memangkin lebih banyak lagi pencapaian memberangsangkan sepanjang tiga bulan program penempatan tersebut.
 
Di samping itu, mereka akan turut bekerjasama dengan barisan saintis dan ahli akademik, serta pengamal industri yang terulung. Melalui pengalaman ini, penerima  geran juga dapat mempelajari amalan baharu yang kemudiannya boleh direplikakan  setelah mereka pulang ke tanah air. Geran ini meliputi semua kos berkaitan penempatan termasuk kos belanja logistik, penginapan dan elaun.
 
Proses pemilihan yang telah dimulakan pada Januari tahun ini telah menarik permohonan daripada lebih 160 individu berkaliber tinggi dari seluruh Malaysia. Para finalis dipilih berdasarkan impak mampan hasil kerja mereka terhadap alam sekitar dan pembangunan komuniti.
 
Tahun ini,  Geran Merdeka Award untuk Penempatan Antarabangsa telah berjaya menarik permohonan daripada pelbagai bidang yang turut merangkumi seni visual dan persembahan, sukan, budaya dan warisan, serta alam sekitar.
 
Kit Media The Merdeka Award boleh didapati di sini.
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Merdeka Award, sila layari:
 
Laman Web: www.merdekaaward.my
Facebook: http://j.mp/merdekaaward
Instagram: https://www.instagram.com/merdekaaward/
YouTube: http://bit.ly/merdekaawardyoutube
 
 
TENTANG MERDEKA AWARD
 
Merdeka Award Trust telah ditubuhkan oleh PETRONAS dan Shell pada 27 Ogos 2007, untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan organisasi cemerlang di mana hasil kerja dan pencapaian mereka bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan negara, tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan dalam kategori berikut, iaitu Pendidikan dan Komuniti; Alam Sekitar; Kesihatan, Sains dan Teknologi; Pencapaian Ilmiah Cemerlang; dan Sumbangan Cemerlang kepada Rakyat Malaysia. Pada tahun 2022, Anugerah Harapan Merdeka telah diperkenalkan sebagai kategori anugerah  baharu, dengan tujuan untuk mengiktiraf usaha rakyat Malaysia yang berusia 40 tahun dan ke bawah atau organisasi di Malaysia yang ditubuhkan kurang daripada 10 tahun, dalam bidang Pendidikan dan Komuniti, Alam Sekitar dan Kesihatan, Sains dan Teknologi.
 
Pemilihan nama anugerah ini, Anugerah Merdeka, mencerminkan matlamat Ahli Pengasas untuk memperingati semangat kemerdekaan sebenar, yang melangkaui makna konvensional yang mengertikan kedaulatan negara. Ia meneroka pembebasan minda dan semangat jiwa - faktor yang membuka mata kita akan kehebatan potensi manusia dan perjuangan ke arah meraih kecemerlangan.
 
Melalui inisiatif lain di bawah Anugerah Merdeka, Geran Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa bertujuan untuk mempromosikan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan dan menggalakkan sudut pandangan berperingkat dunia, sekaligus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pemain Global Abad Ke-21 yang dinamik dan berdaya saing merentasi semua sektor utama, daripada sains dan teknologi sehinggalah kesenian.
 
Bagi sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Nadia Izuddin nadia.shaikmizuddin@petronas.com  | +60 12 229 9314
Christine Ong  christine.ong@ceria.asia | +60 12 375 28
ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.