News

Penerima Anugerah Merdeka 2011

23 AUGUST 2011, BY zoommalaysiaku.com
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Datuk Shamsul Azhar Abbas membuat pengumuman penerima Anugerah Merdeka 2011 atas sumbangan cemerlang mereka kepada negara secara berterusan dalam bidang masing-masing.
 
Kategori Pencapaian Akademik Cemerlang
 
Prof Datuk Dr Goh Khean Lee
  • Dr Goh adalah pakar klinikal Perubatan Dalaman di Universiti Malaya serta seorang penyelidik dan penulis prolifik. Beliau telah menghasilkan 191 kertas kerja untuk jurnal antarabangsa, tujuh bab buku dan 200 abstrak. Tahun ini, beliau dipilih sebagai naib presiden Pertubuhan Gastroenterologi Dunia rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan itu
 
Prof Dr Mak Joon Wah
  • Prof Mak diiktiraf sebagai pakar global bagi penyakit filariasis dan malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setelah dilantik menjadi perunding dalam sekurang-kurangnya 17 kes berbeza. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam memajukan bidang ubat-ubatan tropik di negara ini melalui kepimpinannya dalam pelbagai badan profesional.
Kategori Alam Sekitar – Datuk Kenneth Yeang
  • Yeang merupakan perintis bagi aplikasi prinsip ekologi untuk bangunan yang menggunakan tenaga pada kadar dan secara pasif dikenali sebagai pencakar langit bioklimat selama lebih tiga dekad. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai antara 50 manusia “yang akan menyelamatkan Bumi” oleh majalah terbitan syarikat akhbar UK The Guardian.
Setiap kategori menawarkan hadiah RM500,000, sebuah trofi dan sijil.
 
ARCHIVES
 

SIDE BOX STORIES


Dr Edison Lee Tian Khoon
Dr Edison headed to Sweden’s Uppsala University, where he joined the Department of Chemistry, Ångström Laboratory, as part of his attachment stint. He is currently carrying out active research in polymer electrolyte and nanomaterials for Lithium-ion batteries. Read more about him here:
Innovating the Energy Ecosystem
Chrishen R. Gomez
Having attended the prestigious Ivy League Brown University as part of his attachment programme, 27-year-old Chrishen is now with the Wildlife Research and Conservation Unit at Oxford University. Chrishen is busy developing a genetic-based research project on the Sunda Clouded Leopard. Read more about him here: Conserving Our Forests & Future
Dr Zetty
Dr Zetty is currently working on anti-cancer compounds found in Malaysian seaweed and has continued to pursue her original project proposal of microalgae vaccine carriers for fish. A working solution has been patented by Dr Zetty and will be deployed within the coming year.
 
We use cookies to enhance your browsing experience and for analytical purposes. By continuing to browse, you are deemed to accept our use of cookies. Learn more about disabling cookies and our Privacy Statement here.